Cili kisar antara stok wajib yang sentiasa ada di dalam peti ais di rumah kita. Bukan hanya untuk dijadikan dalam masakan jenis bersambal tetapi cili kisar ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan lain. Jadi tak hairanlah ia sentiasa ada di dalam peti ais. 

Pun begitu menyimpan cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.

Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Bagaimana caranya? Ini cara yang dikongsikan oleh wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Ina,   www.kakinakl.com, bagi memastikan cili kisar tahan lama. Jom cuba.


Dari dulu memang jarang beli cili pes kat kedai, lebih suka buat sendiri.  Pernah sekali beli serbuk cili di Abu Dhabi buat sambal tumis ikan bilis, perghhh rasanya teruk betul.

Stok Cili Kisar Tahan Lebih Lama Bila Ikut Petua Yang Dikongsikan Ini, Confirm Tak Membazir Malah Tahan Sampai 2 Minggu!

IKLAN

Akak suka kisar cili kering untuk seminggu ataupun lebih sebab menyenangkan kerja dapur.

Bila dah potong kecil selalunya akak rendam dan buang air sehingga bersih.

IKLAN

Pastu rebus, cuci lagi dan baru kisar.  Kalau nakkan biji cili hancur masukkan sedikit minyak masak bersama air.

Bila dah kisar akak akan masak sekejap sebab tak nak cili naik kulat dan bau masam.

IKLAN

 BAHAN-BAHAN:

Cili kisar

Sedikit Minyak
Stok Cili Kisar Tahan Lebih Lama Bila Ikut Petua Yang Dikongsikan Ini, Confirm Tak Membazir Malah Tahan Sampai 2 Minggu!
CARA MEMBUAT: 
  1. Letak sedikit minyak dan tumis cili kisar.
  2. Bila dah terbit minyak masukkan dalam bekas.
  3. Tunggu sejuk baru tutup dan simpan dalam peti sejuk.
Bila akak tanya kat teman teman di IG ada juga yang sudi berkongsi petua.
Tip pertama dari sayangsafidah?
saya masa nak blend cili tu masuk skali dengan minyak masak. Tak guna pun air, lepas tu simpan cili blend tu dalam peti sejuk. Insyaallah boleh tahan 2 -3 minggu.
Stok Cili Kisar Tahan Lebih Lama Bila Ikut Petua Yang Dikongsikan Ini, Confirm Tak Membazir Malah Tahan Sampai 2 Minggu!
Tip dari nurmisnan
Nak lagi sedap tambah sebiji bawang besar kak.. orang kata penaik bau wangi.. saya goreng sikit dengan selai daun pandan.
Tip dari mamahawa
Anak blender dengan minyak makan. Alhamdulillah boleh bertahan seminggu.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI