Melihat dengan lebih dekat kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri dan juga seorang ibu, nyata begitu sibuk sekali. Bayangkanlah bermula dari awal pagi hinggalah malam hari sentiasa ada ‘kerja’ yang harus dilakukan. Senang cakap, hingga hendak makan pun tidak sempat.

Hal demikian, maka tidak hairanlah ada sebahagian antara wanita di luar sana turut  mengalami penurunan berat badan  hingga menjadikan susuk tubuh menjadi kurus melidi dan kurang menarik.

Mencari penyelesaian untuk mendapatkan kembali berat badan ideal dan bentuk tubuh yang mantap terkadang sukar untuk dilakukan. Memandangkan selama  ini wanita lebih biasa didedahkan cara menurunkan berat badan, berbanding menambah berat badan.

Di sini disertakan tip yang perlu dilakukan untuk menambah berat badan secara sihat.

1.    Pilih Makanan Yang Berkhasiat

Menambah berat badan untuk menjadi ideal seorang ibu jangan pula mengambil jalan pintas dengan mengambil makanan yang tinggi kalori dan berlemak. Sebaiknya perlu mengambil makanan yang sihat dan tinggi kandungan khasiatnya seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

2.    Kerap Makan

Perlu makan lebih kerap berbanding orang lain yang biasanya makan 3 kali sehari, maka anda perlulah makan 5 kali sehari dalam hidangan yang sederhana.

 

3.    Minum Jus

Biasakan diri untuk menikmati jus buah-buahan yang digemari. Atau boleh juga digantikan dengan air susu bagi memberi alternatif untuk membantu  tubuh menyerap nutrisi dengan lebih cepat. Sekali gus, menjadikan berat badan ideal dapat dimiliki.

 

4.    Jangan Minum Sebelum Makan

Pastikan jangan minum air sebelum makan. Air yang diminum akan menyebabkan anda akan berasa kenyang dan ini ditakuti akan menyebabkan nafsu makan anda terbantut. Sebaiknya makan dahulu hingga kenyang dan barulah disudahi dengan minum secawan air kosong.

 

5.    Bersenam

Siapa kata orang kurus tak perlu bersenam? Sebenarnya dengan senaman juga dapat membantu anda untuk menambahkan berat badan. Kebiasaannya setelah bersenam selera makan akan meningkat dan dalam masa yang sama juga tubuh memerlukan lebih nutrisi untuk membekalkan tenaga.