Kalau hendak dibanding  harga serai dulu dan sekarang memang jauh bezanya.  Tidaklah semahal hari ini.

Memandangkan serai biasa digunakan dalam masakan di Malaysia terutama bagi orang Melayu. Oleh itu, permintaan serai sentiasa ada.

Selain digunakan sebagai bahan penyedap rasa dalam masakan, serai juga sebenarnya kaya dengan pelbagai manfaat.

Pun begitu,  perasan atau tidak biasanya penggunaan serai di dalam masakan  kita hanya guna bukan banyak mana pun.

Tetapi dipasaran,  serai dijual seikat dengan kuantiti yang melebihan apa yang ingin kita gunakan untuk dimasak.  Bila ada lebihan,  mesti akhirnya serai yang dibeli layu dan akhirnya dibuang begitu sahaja.

Jadi hendak selesaikan hal ini,   baik ditanam sahaja pokok serai di rumah. Kita boleh cabut satu persatu mengikut kuantiti yang ingin digunakan.  Cukup jimat dan mudah!

Jom kita belajar macam mana nak menanam serai dalam pasu bunga. Boleh jimat duit belanja dapur!

IKLAN

Langkah 1
Dapatkan anak benih– boleh beli je dari kedai runcit. Kalau boleh cari yang berakar.

Tanam Serai Dalam Pasu Bunga. Jimat Duit Belanja Dapur!

Langkah 2
Rendam anak benih dalam bekas. Kerana anak benih yang dibeli dari kedai biasanya dah tiada akar, so kita rendam untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Rendam pada bekas lutsinar dan air sikit saja. Insyaallah akar akan tumbuh 4-5 hari kemudian.

Tanam Serai Dalam Pasu Bunga. Jimat Duit Belanja Dapur!

IKLAN

Langkah 3
Penyediaan tanah. Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah. Tapi saya pakai tanah yang dibeli dinursery je.

Langkah 4
Menanam. Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.

Tanam Serai Dalam Pasu Bunga. Jimat Duit Belanja Dapur!

IKLAN

*Jangan menanam benih serai terlalu dalam

Langkah 5
Menyiram. Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.

Langkah 6
Pembajaan. Saya guna baja tahi ayam. dua minggu sekali.

Langkah 7
Menuai. Jangan mengerat daun serai semasa proses pembesaran.

Tanam Serai Dalam Pasu Bunga. Jimat Duit Belanja Dapur!

sumber :viral oh viral

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI