Memancing selera keluarga ketika berbuka menjadi sesuatu perkara menarik untuk dilakukan.

Maka tidak hairanlah sekali gus menjadikan ibu-ibu sering mencari idea dan mencuba resipi baharu yang istimewa.

Tauhu Pegedil Ayam ini umpamanya adalah menu yang digemari ramai.  Jom dicuba hari ini.

Ya, Tauhu Begedil Ayam, bukan sahaja sedap malah berkhasiat, kaya dengan sumber protein dan kalsium. Jom semak resipinya!

IKLAN

RESEPI TAUHU BEGEDIL AYAM

Tauhu Pegedil Ayam Pilihan Enak Pancing Selera Berbuka. Ibu Boleh Cuba!

TAUHU BEGEDIL AYAM
Bahan-bahan:
Kentang rebus- lenyekkan
Isi ayam rebus n racik2 (nak guna ayam kisar pon boleh)
Daun bawang
Bawang goreng
Lada merah
Garam sikit
Lada sulah sikit
(satukan dan gaul semua bahan di atas)

IKLAN

Tahu mee kari or tahu goreng tu pon boleh.. (gunting tahu hujung je n korek keluarkan is dalam dia)
Pastu Kepal2 begedil tadi n sumbat dalam tahu tu..

Celup telur n goreng dalam minyak yang betul-betul panas ok.

IKLAN

SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
Cili api
Kicap
Bawang putih
Air masak
Gula
Garam sikit
(blander semua n masak sampai mendidih)

Selamat mencuba

Sumber : norain baharin khan via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI