Ujian zuriat ini memang hebat sekali. Setiap pasangan yang berkahwin, pasti kehadiran si kecil cukup dinantikan. Namun tidak semua yang bernasib baik, kahwin sahaja terus ‘lekat’, ada pasangan cepat dapat anak, dan sebaliknya yang terpaksa menanti bertahun sebelum diberi rezeki yang satu ini.

Menurut Ustaz Hanafiah Abdul Malek, mungkin sesetengah wanita rahimnya diganggu oleh bangsa jin. Manakala kepantangan makhluk bernama jin ini adalah susu kambing. Bahkan, nabi Zakaria dahulu pun pernah diuji ketiadaan anak.

“Isterinya mandul dan dia juga sudah tua, maka dia berdoa pada Allah agar dikurniakan cahaya mata.”

Zuriat juga sebenarnya ujian kesabaran untuk suami isteri. Usaha perlu diteruskan dengan berjumpa pakar untuk konsultasi dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, boleh cuba petua yang  dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah. Ia perlu diamalkan suami isteri, bersama-sama konsisten selama masih dalam usaha, masa yang ustaz tetapkan setahun.

Beliau juga pernah kongsikan petua yang sama sebelum ini di televisyen. Dan Alhamdulillah ramai yang menghubunginya memberi maklumbalas positif.

Akui beliau ulama di Yaman berusia 52 tahun, dan pasangannya disahkan mandul. Dan akhirnya setelah bermacam usaha dilakukan, beliau dan isteri mencuba petua dan diamalkan. “Dengan izin Allah dapat anak.”

IKLAN

Ustaz Hanafiah Kongsi Petua Untuk Dapat Zuriat. Salah Satunya, Surah Maryam Ayat 1-12.  Suami Isteri Nak Anak Cuba Amalkan!

 Petua

Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik sebab takkan jadi)

Caranya

Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Buangkan biji, masukkan kurma-kurma tadi dalam blender.
Tuangkan 1 liter air susu kambing. Kisar.
Isteri minum separuh, suami minum separuh.
Habiskan dalam masa 1 hari

IKLAN

Hari Kedua Dan hari-hari Seterusnya

Pasangan Suami dan isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi.
Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi.

Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.

Setiap Kali Cuba Petua Amalkan Bersama

IKLAN

Surah Maryam ayat 1 hingga 12

Tip

Petua ini hendaklah diamalkan dalam masa setahun. “Selalunya 3/4 bulan dah ok.” Kata Ustaz Hanafiah dalam video ceramahnya.

1 liter susu kambing (ambil yang fresh baru afdhal)

InsyaAllah… Selebihnya terserahlah jika ada rezeki. Yang penting percaya pada Allah.

Sumber: Petua ibu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI