Rumah pusaka peninggalan orang tua tentunya menyimpan 1001 kenangan buat setiap ahli keluarganya.

Di situlah kita adik beradik membesar bersama, ada kisah suka, gembira, duka mahu pun sedih dan mana mungkin rumah pusaka tersebut tergamak dibiarkan sepi setelah ketiadaan ibu dan ayah disisi.

Atas sebab itu juga, adik beradik Puan Norlinda membuat keputusan untuk mengecat semula rumah pusaka peninggalan orang tuanya bersempena meraikan Hari Raya yang akan datang.

Pujian harus diberikan kepada keluarga besar ini kerana sepakat adik beradik dan semoga turut memberi inspirasi buat keluarga yang lain dalam menghargai rumah peninggalan orang tua di kampung.


Rumah tempat jatuh lagi dikenang…

11 Beradik Sepakat Cantikkan Rumah Pusaka Sempena Nak Raya Ni. Memang Terbaiklah!

IKLAN

“Setelah 6 tahun arwah ayah dan ibu meninggalkan kami 11 beradik… upgrade rumah pusaka oleh anak menantu dan cucu…”- Norlinda Bt Johari Nlin

11 Beradik Sepakat Cantikkan Rumah Pusaka Sempena Nak Raya Ni. Memang Terbaiklah!

Menurut Puan Norlinda, akan ada lagi fasa kedua untuk memperbetulkan atap rumah. Buat sementara waktu, mana yang bocor dibaik pulih sahaja.

IKLAN

11 Beradik Sepakat Cantikkan Rumah Pusaka Sempena Nak Raya Ni. Memang Terbaiklah!

Semua ahli keluarga bergotong royong memperindahkan rumah pusaka.Pastinya kerja-kerja sebegini bukan sahaja menjadi lebih cepat disiapkan malah apa yang lebih bernilai adalah moment dapat berkumpul bersama adik beradik, anak-anak, menantu dan cucu-cucu.

11 Beradik Sepakat Cantikkan Rumah Pusaka Sempena Nak Raya Ni. Memang Terbaiklah!

IKLAN

Menyuntik keunikan dan kecantikan rumah pusaka ini, keluarga ini turut memberi sentuhan tradisional  dengan lukisan tangan berbentuk ukiran kerawang di bahagian hadapan rumah. Nyata nampak begitu unik dan tersendiri.

11 Beradik Sepakat Cantikkan Rumah Pusaka Sempena Nak Raya Ni. Memang Terbaiklah!

Pastinya, Hari Raya tahun ini cukup istimewa buat keluarga besar Puan Norlinda.

Sumber : Norlinda Bt Johari Nlin via Deko Rumah Ku Syurga Ku

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI