Lima tahun bergelar suami isteri, pelbagai onak duri dan dugaan ditempuhi Datin Alyah dan suami, Dato Ramli MS. Jelas Alyah, pelbagai dugaan dan rintangan harus ditempuhi sebelum mengecap kemanisan sekarang.

“5 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Kami Bahagia.” Sudah Bersedia & Berusaha Cuma Belum Rezeki Akui Datin Alyah, Allah Tahu Apa Yang Terbaik!

“Setelah melalui fasa yang sukar dalam kehidupan saya,  Allah dah bagi satu benda yang saya sendiri tak terfikir. Kami saling mengenali antara satu sama lain. Kami take it easy. Orang lain yang fikir bukan-bukan, kenapa tak bergambar dengan suami. Kami keluar bersama cuma tak tayang kemesraan depan public.

“Kalau ada yang sempat ambil adalah tapi tak suka nak tayang dengan berselfie atau bergambar bersama.  Satu yang saya kena respect adalah isteri bagaimana gah kat luar pun , bila pulang ke rumah, dia tetap  akur kerana berada di bawah suami. Jika suami tak suka benda-benda begini, maka isteri kena akur.

Akui Alyah, awal-awal dulu dia juga tertanya-tanya juga  kenapa tak boleh ambil gambar tapi bila fikir kembali, usia Tokram (Suami) sudah berapa sekarang kan.  Dia nak kena jaga hati anak-anak dan ibunya jadi lama-lama Alyah boleh memahami.

“5 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Kami Bahagia.” Sudah Bersedia & Berusaha Cuma Belum Rezeki Akui Datin Alyah, Allah Tahu Apa Yang Terbaik!

‘Orang boleh cakap apa sahaja tapi yang melalui adalah kami. Jadi be yourself.  Baik buruk kami yang kena tanggung. Ini rumah tangga saya, kalau kita asyik tunjuk kebahagian depan orang tapi kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Allah pegang semua tu, kita tak tahu jadi saya tak nak benda yang tak elok berlaku. Terlalu riak dalam hubungan pun tak bagus juga kan.

IKLAN

Kami berdua bukan jenis romantik, Tokram pun panggil saya Jah di rumah. Jadi, hanya orang yang datang ke rumah nampak bagaimana kehidupan kami. Jadi cara dia ambil berat adalah dengan hubungi kalau saya selalu balik lambat. Kasih sayang dia ditunjuk melalui perbuatan bukan kata-kata. Malah, kalau saya nak makan sesuatu dia akan cuba penuhi. Dia akan cari waktu untuk pergi, beli dan bawa balik rumah.

Mula2 saya tak tahu tapi bila lama-lama baru perasaan cara Tokram tunjuk kasih sayang. Jadi saya faham sendiri perangai suami. Malah Tokram jenis pemalu sebenarnya.

“5 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Kami Bahagia.” Sudah Bersedia & Berusaha Cuma Belum Rezeki Akui Datin Alyah, Allah Tahu Apa Yang Terbaik!

Jujur mengakui cara suami sedemikian  boleh diterima, bersyukur dengan kehidupan yang sederhana dan tidak mewah namun bahagia.

“5 tahun hidup sebagai suami isteri tanpa dikurniakan zuriat, namun kami bahagia. Soal mendapatkan zuriat memang ada keinginan untuk buat IVF tapi memandangkan sekarang banyak benda nak kena settle jadi biarlah dulu. Kalau buat IVF saya kena fokus betul-betul 3 bulan tanpa fikirkan hal lain.

IKLAN

“Soal bersedia memang dah lama memandangkan usia saya sudah 37 tahun. Cuma saya berusaha cara saya tanpa war-warkan pada orang. Jika Allah nak beri maka Dia akan bagi, begitu juga sebaliknya. Dia tahu  apa yang terbaik buat kita, saya minta yang terbaik.

“5 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Kami Bahagia.” Sudah Bersedia & Berusaha Cuma Belum Rezeki Akui Datin Alyah, Allah Tahu Apa Yang Terbaik!

“5 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Kami Bahagia.” Sudah Bersedia & Berusaha Cuma Belum Rezeki Akui Datin Alyah, Allah Tahu Apa Yang Terbaik!

“Mungkin sekarang Allah belum nak beri kerana saya ada mak yang perlu dijaga dan anak angkat yang perlu sekolahkan. Saya fikirkan itu sahaja, mungkin nanti ada rezeki, semua Allah punya kuasa Soal kata-kata orang saya sudah tak ambil kisah.

IKLAN

“Ada macam-macam tip yang orang berikan, kita dah usaha berurut, check up dan tiada masalah Cuma tiada rezeki lagi. Mungkin juga lifestyle turut mempengaruhi  hal ini,” ujar Alyah.

“5 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Kami Bahagia.” Sudah Bersedia & Berusaha Cuma Belum Rezeki Akui Datin Alyah, Allah Tahu Apa Yang Terbaik!

Ditanya mengenai karekter Datuk Ramli MS di rumah , akui Alyah suaminya itu orang yang paling rajin memasak menu ikan bakar, asam pedas dan sebagainya.

“Dato jenis simple orangnya, tapi dia agak cerewet kalau bab makan sebab dia nak makanan yang masak di rumah dan dia memang rajin memasak. Cuma Dato dia ada sejenis perangai pelik apabila memasak.

“Selain tak suka orang ada di dapur ketika dia memasak, dia juga akan sukat terlebih dahulu setiap bahan yang akan di masak. Dah macam gaya chef memasak di dapur. Cerewetnya sampaikan saya tak larat nak melayan. Jadi saya biarkan dia masak sendiri. Yang penting saya dapat makan.

“Biasanya saya akan sediakan bahan-bahan dan suami akan memasak. Kalau suami jenis masak ikut sukatan, saya pula main campak-campak sahaja.  Dato juga jenis pembersih orangnya dan tak boleh lihat ada sampah di dapur,”ujar Datin Alyah lagi.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI