Dalam alam rumah tangga, kehadiran cahaya mata sememangnya ditunggu-tunggu. Bukan sahaja bagi pasangan tersebut tetapi bagi seisi keluarga menanti kehadian orang baru memeriahkan keluarga mereka.

Namun ada di kalangan pasangan ini, mereka masih belum direzekikan untuk menimbang cahaya mata walaupun sudah menunggu bertahun-tahun lamanya. Malah ada yang mengambil pelbagai inisiatif dan sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan zuriat.

Menjengah di laman Tiktok, telah tular kisah mengenai seorang wanita yang keguguran setelah menanti zuriat selama 7 tahun.

Dugaan ini pasti sangat hebat lebih-lebih lagi bagi yang telah lama menanti kehadiran cahaya mata.

Menurut cerita dari wanita ini, dia ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama suami serta rakan-rakannya yang di taja oleh syarikat tempat dia bekerja.

Sebelum berangkat ke tanah suci, dia sememangnya mempunyai masalah tumpah darah tetapi sebelum berangkat menunaikan umrah, dia dan anaknya dalam keadaan sangat baik. Tiada lagi tumpah darah.

Sewaktu mahu ke Tanah Suci, beliau telah memberitahu doktar dan doktor sendiri telah mengeluarkan surat tanpa masalah.

[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?

IKLAN

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

“Last scan baby duduk silang kaki dan gerak aktif. Masya Allah, happy dengan nikmat yang diberikan walaupun seketika.”

Tiba Di Tanah Suci
Setibanya di Tanah Suci, dia dan suaminya sempat menunaikan umrah.

Pada mulanya, dia mahu menaiki scooter untuk membuat tawaf dan saie namun apabila berada di depan Kaabah, dia merasa tenaga yang luar biasa. Dia telah melakukan tawaf dengan berjalan kaki dan 2 pusingan saie sebelum menggunakan kerusi roda.

IKLAN

Keguguran
Menurut wanita yang lebih mesra dengan panggilan Ida ini, dia tidak mengalami tumpah darah. Hanya pendarahan kecil dan hanya mengalami sakit perut sewaktu hari ke 4 berada di Tanah Suci.

“Tahu-tahu Muhammad Abdullah nak keluar dah. Sakitnya Allahuakbar”

“Lahir je Muhammad, saya sambut dan pegang di tangan. Allah.. Hilang segala sakit”

“Saya tengok bibir dia, muka dia, tangan dia dan memang betul firasat saya, bayi lelaki..”

IKLAN

Anak Syurga
Bayi yang dinamakan Muhammad Abdullah itu telah dikapan, disembahyangkan di Masjidilharam dan dikebumikan di Tanah Haram, Mekah.

Pendorong Kekuatan
Sejak kisahnya tular, wanita ini mendapat banyak kata-kata semangat. Dia yang kini berada di Madinah bersyukur kerana ramai yang mengambil kerana terhadap dirinya.

Semoga pasangan ini dikurniakan rezeki memiliki zuriat tidak lama lagi.

@ieyonick Syurga tempat mu sayang!!alfatihah untuk wildan syurga .. bersemadi la di bumi mekkah al muqarramah#fyp #Fyp #anaksyurga ♬ suara asli – Didik Fabregas – 𝗗𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗙𝗮𝗯𝗿𝗲𝗴𝗮𝘀

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

7 Tahun Menanti Zuriat, Wanita Ini Redha Keguguran Di Tanah Suci