Dalam hidup ini tiada seorang pun yang sepi daripada diuji hidupnya. Begitu juga saat perlu ‘berpisah’ dengan seorang wanita yang kita gelarkan ibu, mak, bonda, mummy mahu pun ummi, pasti kita akan merasakan dugaan ini cukup berat untuk ditanggung.

Hal yang sama juga telah dilalui oleh Puan Emi Erdayu Jasmi apabila ibundanya dijemput Ilahi pada  Februari yang lalu. Ayuh kita ikuti perkongsiannya itu.


Cuti CNY haritu saya ambik cuti agak lama dengan niat nak mengemas rumah mak abah di kampung. Entah kenapa minggu tu memang “rasa” tak sedap hati sangat, rasa akan ada kematian di kalangan kami, sama ada saya atau siapa siapa ahli keluarga.

Ada ‘Rasa’ & Tergerak Hati Nak Kemas Rumah Mak Bagi Lapang. Rupanya Itulah Sumbangannya Yang Terakhir, Anak Ni Kongsikan Kisahnya! Ada ‘Rasa’ & Tergerak Hati Nak Kemas Rumah Mak Bagi Lapang. Rupanya Itulah Sumbangannya Yang Terakhir, Anak Ni Kongsikan Kisahnya!

Saya mula mengemas dari dapur masak, kemudian hari berikutnya kemas Hall, next kemas bilik baju mak abah. Sambil mengemas sambil bergurau, acah nak buang barang dia, memang ada buang dan ada di simpan juga yang saya rasa dia betul sayang.

Ada ‘Rasa’ & Tergerak Hati Nak Kemas Rumah Mak Bagi Lapang. Rupanya Itulah Sumbangannya Yang Terakhir, Anak Ni Kongsikan Kisahnya!

IKLAN

Ada ‘Rasa’ & Tergerak Hati Nak Kemas Rumah Mak Bagi Lapang. Rupanya Itulah Sumbangannya Yang Terakhir, Anak Ni Kongsikan Kisahnya!

Ada ‘Rasa’ & Tergerak Hati Nak Kemas Rumah Mak Bagi Lapang. Rupanya Itulah Sumbangannya Yang Terakhir, Anak Ni Kongsikan Kisahnya!

Saya siap labelkan, letak satu pusat segala perkakasan supaya senang nak tuju cari.

Saya bagitau mak, saya kemas supaya lapang, kita makin berusia tak tahu siapa akan pergi dulu, senang rumah nak terima orang bila ada kematian, ” — masih ingat bait ayat ni

IKLAN

Saya siap bergurau kata, barang yang tak guna, di simpan, di jadikan hiasan semua tu akan di hisab nanti, jom la kita guna. Bekas bekas tupperware mak ni jom Kak Ayu jadikan perumah tuk bahan lain, Kak Ayu simpan sini, senang bila mak nak cari, nak lilin sini.. sambil tunjuk lilin yang dah di label dan lain lain.

Peti ais dia pun saya label

Ada ‘Rasa’ & Tergerak Hati Nak Kemas Rumah Mak Bagi Lapang. Rupanya Itulah Sumbangannya Yang Terakhir, Anak Ni Kongsikan Kisahnya!

Saya susun kemas sebersihnya, sampai suami kata rehat la nanti penat, tapi saya hairan saya tak letih. Rupa-rupanya tu semua “rasa” yang saya tak sedap hati minggu tu menjadi kenyataan.

IKLAN

Rupanya tu sumbangan dan gurau akhir saya dengan mak, saya kemas 4/2/2019, mak saya meninggal 25/2/2019… 2 minggu sebelum saya masih nampak riak senyum gurau dengan dia, dua minggu kemudian dia dah pergi tinggalkan rumah dan kami anak anak beliau. Syurga saya telah pergi ke darul akhirah.

Mohon rakan DRKSK sedekahkan alfatihah buat bonda saya puan zamzuriah bt habsah.. hari ini isnin yang ke 3 beliau pergi mengadap penciptaNya..al fatihah

Ada ‘Rasa’ & Tergerak Hati Nak Kemas Rumah Mak Bagi Lapang. Rupanya Itulah Sumbangannya Yang Terakhir, Anak Ni Kongsikan Kisahnya!

“Mak rumah mak sentiasa bersih tau, abah sentiasa mop, sentiasa siram pokok mak, bagi ikan kucing , burung-burung mak makan, sampah sarap semua kemas, bersih tersusun. Mak selalu kata mak dah kemas. ye mak…walau mak tak de, rumah mak bersih kemas,tip top, apa mak sayang mak suka kami jaga. Berbahagialah bersama para solihin di sana, kami juga bakal menyusulmu”.

sumber : Atam Ayue via Deko Rumah Ku Syurga Ku

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI