Kejayaan adalah bermula dengan impian. Untuk mencapai impian kena disusuli dengan usaha dan tindakan. Barulah dapat mengecapi kemanisannya.

Biarpun dirinya tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU), namun Mohd Sukur Ibrahim seorang yang kuat semangat, tidak mengalah dengan kekurangan tersebut.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

Perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini pastinya memberi inspirasi kepada OKU lain untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini. Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna.

Mohd Sukur Ibrahim merupakan Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah. Majalah Keluarga berpeluang menemu bual beliau bersama isterinya baru-baru ini.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

 

“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun. Atau adakah cabaran mendirikan rumah tangga?

“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Dalam berumur 4-5 tahun, saya sudah nampak kelainan diri dengan adik-beradik yang lain membuatkan saya  tak boleh terima diri sebegini. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nak hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri.

IKLAN

“Suatu hari, ibu bapa mula berfikir bagaimana nak bina keyakinan diri saya. Alhamdulillah mereka prihatin dan berfikiran terbuka. Jadi mereka hantar saya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam  Komuniti  (PDK). Itulah titik permulaan perubahan dalam diri saya.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih daif dari saya. Baru  saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun tak ada tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 10 tahun bisnes ini. Selain itu, saya juga memberi ceramah dan motivasi. Terbaru saya mengeluarkan produk parfum sendiri,” jelas Sukur sambil mengakui walaupun OKU tapi dia OK.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

Memujuk hati

IKLAN

Bahagia yang dikecapi bersama Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen, bukanlah semudah yang disangka. Perjalanan jodohnya cukup berliku. 4 tahun lamanya pasangan ini mengambil masa ‘memujuk hati’ ayah sebelum bersetuju untuk menyatukan mereka.

“Sebelum ini saya merupakan junior abang (Sukur) di universiti. Selepas tamat pengajian, dia ajak saya bekerja dengannya. Waktu itu tidak wujud sebarang perasan tetapi kami lebih kepada saling membantu.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

“Namun faktor aurat dan status menyebabkan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Memandangkan ke mana-mana sahaja kami pergi berdua, jadi tidak mahu dipandang serong kami memilih untuk berkahwin.

“Tetapi hasrat tersebut ditentang oleh ayah saya. Dia enggan membenarkan kami berkahwin. Tetapi kami tidak putus asa. Dalam tempoh 4 tahun, kami usaha untuk mendapatkan restu. Sehinggalah ayah lembut hati tetapi dengan syarat ada ‘ujian’ terlebih dahulu untuk abang.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

“Selama 4 hari abang duduk di rumah saya untuk ‘orentasi’ dengan ayah dan juga bapa saudara, alhamdulillah daripada situ ayah nampak abang boleh berdikari dan melakukan semua kerja tanpa mengharapkan orang lain. Rupanya ayah bimbang bagaimana kehidupan kami kelak.

IKLAN

“Ditambah pula imam yang bakal menikahkan kami juga mengenali abang yang terkenal sebagai pakar motivasi. Daripada situ juga membuka pintu hati ayah untuk lebih menerima abang. Alhamdulillah, selepas berkahwin, kami hidup bersama dan dikurniakan cahaya mata sulung Anas Wafiy,” ulas Wani lagi yang kini berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada anak mereka.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

Anak senasib ayah

Usai berkahwin, masih ada mulut-mulut yang memperkatakan yang bukan-bukan. Ada yang menakut-nakutkan bakal dapat anak seperti ayahnya.

“Kena ingat kita ada Allah, apa yang Allah bagi itulah yang terbaik. Waktu mengandung memang saya takut sangat, tetapi apabila ingat semula kenapa saya boleh terima keadaan suami tetapi sekarang nak takut pula.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

“Malah ada mulut-mulut yang berkata tak perlu mengandung nanti dapat anak senasib seperti suami. Semuanya milik Allah dan kalau Allah nak bagi kita kena reda. Tetapi saya tak pernah mengadu dengan suami kerana hidup dengan suami tak pernah rasa kurang dan seperti orang normal yang lain.

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI