Abil Fikri dan isteri, Nor Aida Mohamad

Siapa yang tak ingin menimang cahaya mata setelah melangkah ke alam rumah tangga? Setiap pasangan pastinya mahu merasa dipanggil ‘ibu’ dan ‘ayah’, berkongsi kasih sayang dengan si kecil dan melihat mereka membesar di depan mata.

Begitu juga dengan lelaki yang pernah bergelar Duda Idaman Malaya, Abil Fikri Ahmad, 50, yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya jam 1.37 tengahari semalam.

Bayi lelaki itu selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.1 kilogram di Hospital Putrajaya.

Malah, berita gembira ini jadi lebih bermakna buat Abil Fikri apabila dia dapat menemani isterinya sepanjang proses bersalin.

“Air Mata Saya Bergenang…” – Duda Idaman Malaya Akhirnya Timang Anak Pertama
Sumber: Sinar Harian.

Menerusi Sinar Harian, pakar motivasi itu menjelaskan isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, sepatutnya dijangka bersalin pada 24 September tetapi dipaksa masuk ke hospital pada Isnin lalu kerana berlaku pendarahan.

IKLAN

“Pada waktu itu doktor beritahu kemungkinan isteri akan bersalin dan saya pun ingatkan kami akan dapat anak sempena Hari Malaysia, 16 September. Tapi, nampaknya baby tak mahu keluar lagi.

“Jam 7.30 pagi tadi, isteri saya telefon beritahu yang dia sudah ditolak ke bilik bersalin dan Alhamdulillah saya dapat teman isteri melahirkan anak kami.”

IKLAN

Abil menjelaskan dia sudah bertekad untuk menemani isterinya di bilik bersalin sejak awal kehamilan sebagai tanda penghargaan pengorbanannya mengandung sembilan bulan.

Dia juga berpendapat yang ia wajar bagi seseorang lelaki yang bergelar suami untuk menghormati isteri mereka kerana tidak mudah untuk melahirkan seorang anak.

IKLAN

“Selama ini kita biasa dengar saja wanita cakap sakit bersalin tapi kali ini saya tengok sendiri bagaimana isteri menahan sakit dan ia sungguh menginsafkan.

“Sebaik melihat anak saya selamat dilahirkan, air mata saya bergenang dan sukar dijelaskan perasaan gembira dan rasa syukur itu.

“Selepas ini tanggungjawab saya jadi lebih besar dan dengan lahirnya anak saya yang kami berikan nama Aidan Mikhael ini, ia juga penyambung kasih hidup saya yang pernah diberi gelaran Duda Idaman Malaya,” katanya secara berseloroh.

Sumber: Sinar Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI