Esok semua umat Islam akan berpuasa. Selain menyediakan kelengkapan bahan-bahan kering yang mencukupi untuk dimasak, pastikan juga ibu-ibu sudah melakukan persediaan lebih awal terutama untuk menguruskan waktu bersahur dan mempersiapkan anak-anak.

Untuk membantu anak-anak kekal bertenaga ketika berpuasa, anda bolehlah menyediakan air Nabeez, air sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berpuasa.

Dikatakan air ini bukan hanya baik untuk kesihatan, bahkan juga buat perut mampu bertahan lebih lama sepanjang hari ketika berpuasa. Pastinya ia adalah cara terbaik untuk anak-anak serta seluruh isi keluarga.

Berikut adalah perkongsian dari Habibah Badar Bajrai  bagaimana cara untuk menyediakan air nabez.


Ni minuman favorite nabi Muhammad saw tau. Kalau dah favorite nabi, mesti la memang bebetul bagus kan?

Air nabeez ni berakali. Boleh BANTU buang asid dari perut dan sistem pencernaan. Pastu, boleh singkirkan toksin dari badan.

Air yang tinggi fiber ni boleh tambah tenaga, bantu sistem penghadaman, kuatkan daya ingatan, bantu sistem limpa ngan hati, hilangkan sakit tekak.

Bagus gak untuk pesakit ARTHRITIS dan GOUT.

Untuk orang LELAKI, kalau amalkan, bagus untuk prostat.

IKLAN

Eh, memang banyak bebenor la khasiat dia. Senang cakap mudah paham; air ni macam DETOX

Nak buat pun senang yakmat. Tak yah masak, tak yah rebus rebus. Lepas Isyak, rendam agak agak 100gm kurma atau 100gm kismis dalam 1 liter air.

Kurma paling bagus, opkos la kurma nabi; AJWA. Tapi boleh jek gunakan kurma lain. Yang penting, guna buah kurma, bukan rempah kurma.

Kalau kismis try carik manaqqa (warna kuning). Tu lagi bagus dari yang hitam.

Kak Bib guna guna 3 biji kurma untuk satu gelas air. Bagus kalau guna angka ganjil la kan. Kalau kismis, agak agak segenggam. Guna tangan korang, jangan tangan anak yang umur 2 tahun tu pulak.

IKLAN

Pastu, jangan lupa tutup gelas tu. Biar semalaman atau agak agak 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas. Lagi satu, jangan campur kurma ngan kismis. Pilih salah satu idaman kalbu.

Ni sebab Nabi tak kasi kita campur kurma ngan kismid tu sama sama. Kalau Ikut kajian sains yang Kak Bib jumpa, gabungan gas yang kurma ngan kismis ni keluar kan bila kita rendam, boleh mudaratkan badan.

Besok pagi pagi, keluarkan la kurma tu. Pastu, kacau, minum. Kurma tu boleh jek kita makan gitu atau kalau korang rajin, blend ngan air nabeez dan minum.

Kalau nak minum malam, boleh rendam waktu pagi.

Minum ni LEPAS MAKAN DAGING pun bagus tau. Sebab air nabeez boleh bantu kita digest heavy food (mencerna makanan).

IKLAN

Tapi ingat. Jangan minum air nabeez yang dah masuk 2~3 hari. Ini sebab air tu biasanya dah masuk proses penapaian (fermentation) untuk jadi arak.

Nak lebih selamat, simpan dalam peti sejuk. Jadi air nabeez tak mudah rosak.
.
.
‘Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya tentang nabeez, Nabi menjawab;
‘buat lah di malam hari dan minum ketika pagi’
(Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745)

Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; 
‘Jgn menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yg tekaj masak bersama sama, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan’
(Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904)

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk Nabi saw akan di minum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabat nya. Baki air tersebut akan di buang. 
(Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974)

Tip

 

  • Pastikan air ini dibuat sekali rendaman untuk diminum keesokkan harinya sahaja. Elakkan merendam terlalu lama kerana jika masam, kurang enak rasanya.
  • Jika anda memilih untuk merendam kismis, pastikan ia tidak direndam bersama-sama kurma. Asingkan dalam bekas berbeza namun lakukan cara yang sama.
  • Pastikan jumlah kurma atau kismis diambil dalam bilangan ganjil. Ia sunnah malah banyak kelebihannya.
  • Selain bulan puasa, jus ini boleh juga diamalkan walaupun bukan berada di bulan Ramadhan. Amalkan ketika perut masih kosong.
  • Rendaman ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup hanya ditutup bekasnya dan biarkan semalaman.

Selamat mencuba.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI