Bunga telang terkenal sebagai pewarna untuk membuat nasi kerabu. Ia adalah pemewarna semulajadi yang digunakan untuk bahan masakan. Pokok Telang ini mudah di tanam. Oleh itu, tidak mustahil pokok ini banyak di tanam di halaman rumah.

Selain digunakan sebagai pewarna bahan masakan, siapa sangka, bunga telang ini digunakan untuk petua kecantikkan. Dengan hanya minum air rendamannya, dipercayai seorang wanita itu awet muda.

Boleh cuba perkongsian oleh  SuzyHoney ini. 

BUNGA TELANG AWET MUDA UNTUK WANITA NAK KELIHATAN KELIHATAN CANTIK DAN MUKA TAK BERKEDUT

Rutin saya dan suami bila masuk keluar kampung kebiasaan akan singgah di warung kopi yang ada pengunjung terdiri dari orang lama yang berusia sekitar 70an ke atas. Mereka semua ini masih kelihatan sihat dan segar.

Kebetulan ada seorang Makcik ini datang bersama suaminya.

PEREMPUAN NAK AWET MUDA DAN TAK BERKEDUT

” Alaa…mek . Kalau orang perempuan nak awet muda tegang tak berkedut kulit mudah aje. Kenal tak bunga telang ? Ambik sedikit bunga telang rendam dan minum seminggu 2 ke 3 kali . Tak payah nak telan hak pelik-pelik zaman leni” katanya kepada saya.

Kalian kenal tak bunga telang? Biasa orang gunakan untuk buat sebagai bahan pewarna untuk nasi kerabu. Pokok bunga telang ini banyak terdapat di kampung.

Cara penyediaan teh bunga telang :

• Rendam 5 bunga telang di dalam segelas air panas selama 15 minit
• Keluarkan bunga dari cawan apabila tiada warna yang tinggal di kelopak
• Teh bunga telang biasanya ditambah dengan serai untuk meningkatkan rasa
• Teh ini juga boleh dicampur dengan beberapa titis air perahan lemon untuk menghasilkan rasa masam yang manis

KHASIAT BUNGA TELANG

Di percayai antara khasiat bunga telang ialah:

• Sistem saraf – mempunyai kesan menenangkan saraf
• Sistem pencernaan – merupakan antimual, antipencernaan dan cholagogue
• Sistem peredaran – merupakan haemostatic yang membantu menghentikan pendarahan dan pembersih darah
• Sistem pernafasan – bertindak sebagai expectorant untuk mengurangkan kerengsaan organ pernafasan
• Sistem urin – membantu masalah sukar kencing
• Sistem pembiakan – membantu pengeluaran sperma
• Sistem integumen – meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit

Amalan orang lama memang bagus

Kredit: SuzyHoney