Menikmati aiskrim pada cuaca panas begini memang puas hati rasanya, dapat legakan tekak yang kering. Jadi bolehlah anda sediakan sendiri aiskrim yang menjadi kegemaran keluarga, memandangkan untuk membuat aiskrim tidak lah susah. Umpamanya menyediakan Aiskrim Yogurt yang sedap ini.

Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal!

Lihat sahaja warnanya yang menyerlah dan mewah berkrim, sudah dapat dibayangkan keenakan rasanya bila dijamah. Memang nampak macam aiskrim mahal yang dijual dipasaraya  terkemuka.

Aiskrim Yogurt ini juga bukan sahaja nampak cukup menyelerakan bahkan tidak dinafikan rasanya yang masam-masam bergabung dengan lemak berkrim menjadikan satu rasa yang cukup sedap untuk dinikmati dan pastinya tidak jemu untuk dimakan pada bila-bila masa.

Jadi buat anda yang teruja untuk mencuba resipi Aiskrim Yogurt ini, jom buat seperti mana resipi yang dikongsikan oleh  Irna Harlina. Menurutnya, aiskrim inilah juga yang pernah dijual suatu ketika dahulu untuk menambah pendapatannya.

Menurutnya, “Ni antara best selling aku dulu… Cuma biase aku buh lagi mekap lawa-lawa eskrim ni dengan buah-buah fresh atas diaLa ni pokok strowberi, kiwi, blueberry belakang rumah aku tu da merajuk jugak kot ngan aku tak mo berbuah… Hahaa… Lawak je… “

Tapi sekarang aku da retire lameeee dah dari dunia membaking… Nak buat untuk makan sendiri pun berchenta rasenye… Huhuu…. So sape nak resepinye boleh scroll kat gambar last skali… Sape yang ade hati nak suruh aku open order lagi tu silakan buat sendiri… Hahaa… Kejam tak aku…” ujarnya ikhlas.

Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal! RESIPI AISKRIM YOGURT

IKLAN

Bahan-bahan: 

500gm *Fresh Cream
500gm *Whipping Cream
500gm Yogurt plain asli
350gm susu pekat manis
4 sudu besar ovalete
2 sudu besar*jus lemon/limau
(Yang ni pandai-pandai agak dan rasa sendiri bergantung kepada jus limau yang digunakan) yang penting ada rasa masam sikit dan manis berlemak.
Fresh cream tu non dairy, whipping cream yang dairy. Dua-dua kena pukul sampai kental.

Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal!

 

Cara Membuatnya :
1. Pukul fresh cream dan ovalete sampai kental dab fluffy.
2. Masukkan yogurt mix sekejap bagi sebati.
3. Kemudian masukkan pula susu pekat manis dan mix lagi.
4. Pukul whipping cream asing sampai kental.
5. Kemudian baru campurkan whipping cream yang telah kental tadi dengan adunan fresh cream dan yogurt.
6. Masukkan jus lemon/ limau dan mix lagi. Siap!

IKLAN

Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal!

Setelah itu masukkan dalam bekas selang seli filling dengan aiskrim. Cuma filling tu kita tak letak banyak sangat tiap lapisan…letak sikit-sikit je.. lapisan atas skali baru lorek-lorek filling atas aiskrim.

INFO EKSTRA
1. Filling tu ikut suka, boleh beli dekat bakery. Tapi biasanya saya campur lagi filling dengan jus limau bagi kurangkan manis dan nak lebih masam sikit.
2. Kalau nak buat yang coklat, saya buat sendiri juga guna serbuk koko, whipping cream, susu dan gula. Saya buat agak-agak je. Whipping hipping cream dalam 300gm, serbuk koko saya tak ingat berapa sudusebab saya main tuang je agak-agak belum hitam sangat saya tambah lagi sampai dapat warna coklat yang kita nak.

 

IKLAN

Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal!

Sumber : Irna Harlina 

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI