Penggunaan gajet kini apa yang kita dapat lihat seakan sudah tidak boleh dipisahkan lagi,  lihat sahaja lah anak-anak kita. Setiap waktu, pasti dengan telefon pintar atau tablet  di tangan dan  tanpa sedar keadaan itu telah mengubah persekitaran dan perkembangan anak-anak. Malah apa yang lebih teruk lagi hingga menyebabkan kesan buruk pada kesihatan mereka.

Bahkan tidak dinafikan juga terdedahnya anak-anak kita seusia bayi dengan gajet ini juga adalah disebabkan kealpaan kita sendiri yang berasa selesa membiarkan anak-anak  bermain permainan di dalam telefon agar mereka leka dan dapatlah kita membuat kerja-kerja tanpa ‘diganggu’.

Pun begitu, pendedahan yang berlebihan tidaklah bagus untuk anak-anak dan akan mendatangkan mudarat kepada anak. Ini sepertimana perkongsian video daripada seorang ibu di aplikasi TikTok oleh @finikhasim, berkongsi pengalaman cemas apabila mata anaknya bertukar kemerah-merahan serta sembab yang dipercayai kesan daripada terlalu banyak bermain gajet dan bolehlah dijadikan pengajaran untuk kita semua agar lebih memantau anak-anak agar tidak terlalu terdedah dengan gajet setiap hari.

Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!

Ujarnya, punca mata anaknya sakit adalah disebabkan terdedah dengan tahap kecerahan skrin telefon bimbit yang begitu terang. Lantaran itu dia telah berjanji bahawa selepas ini dia tidak akan memberi telefon atau gajet lain kepada anaknya.

Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!

Dalam pada itu, ibu ini juga mengaku terlalu sibuk bekerja hingga tidak memantau anaknya bermain telefon.

“I am so sorry, Ibu terlalu pentingkan kerja sampai biar awak hidup dengan gadjet”

IKLAN
@finikhasim_ Lepas kejadian semalam , terus stop bagi fon atau tablet dekat aidil . Gws baby #fyp #trending #sick #fypdongggggggg ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!

Ibu ini juga turut berkongsi nasihat daripada doktor untuk tidak memberikan anaknya terdedah dengan gajet selama seminggu.

“Dia (Aidil) bukannya tengok telefon dari pagi sampai malam. Dia cuma tengok telefon 15 minit pagi, 15 minit petang, dan 15 minit  malam. Walau pun sekejap tapi kesan cahaya telefon bagi effect dekat mata dia”, jelasnya lagi.

@finikhasim_ Reply to @norafazila1 PART 2 kisah aidil dan gadjet🥺 #fyp #trending #sick #fypdongggggggg ♬ Purnama – Naim Daniel

IKLAN

Sumber : @finikhasim_

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI