Memiliki pengasuh anak yang baik adalah rezeki buat pasangan suami isteri.
Mana taknya, anak yang ditinggalkan seharian dijaga dengan baik bagaikan anak sendiri, sudah tentu tidak membimbangkan kita.
Begitulah yang dialami oleh wanita ini yang melahirkan rasa syukur dikurniakan pengasuh yang sayangi anaknya bagaikan anak sendiri.
Sebagaimana yang diluahkan di twitter miliknya.
Penjaga anak aku ni kalau boleh bagi rating, aku rate 1000/10 kot. Anak aku cakap nak camping, dia pacak terus khemah depan umah. apa je anak aku minta dia bagi. Tak terbalas jasa dia.
Penjaga anak aku ni kalau boleh bagi rating, aku rate 1000/10 kot. Anak aku cakap nak camping, dia pacak terus khemah depan umah. 🥲😂 apa je anak aku minta dia bagi. Tak terbalas jasa dia 😭😄 pic.twitter.com/dTQuAA8wKz
— Aida Sue ✨🥇 (@AidaSue) November 15, 2021
Malah perkongsian beliau mendapat perhatian netizen yang berkongsi kisah yang sama.
Sumber: Aidasue
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ibu Ini Berkongsi Kisah Menguruskan Anak Autisme. Deep Luahannya!
Bukan calang-calang ibu bapa terpilih untuk menguruskan anak autisme. Pastinya ada cabaran kala menguruskan anak autisme. Bagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh ibu ini, Puan Ummi Aisyah melalui disebuah grup sosial.
*Awal tahun persekolahan*
byk parents berhujah share pengalaman tak kurang juga yg minta pandangan dlm group berkenaan Anak yg tidak dpt mengikuti alam persekolahan di aliran perdana..
*Wahai ayah&ibu jgnlah bersedih*
atas kelebihan/kelainan anak yg dianugerahkan Allah..untuk pengetahuan semua..
Sy guru kpd murid aliran perdana & sy ibu kpd anak oku(pembelajaran)..
*Anak sy dilahirkan pramatang*
27wks4dys with 950g.. 60hari di NICU 52 hari dgn bantuan pernafasan.. berjalan tatkala umur 18 bulan.. sehingga kini belum boleh bercakap.
*Follow up pakar Pediatric HRPB*
Ape yg berlaku..setiap ujian yg dilakukan oleh doc menunjukkan Anak ada ciri² autism sejak berumur 2 tahun.. sy hanya ambil masa setahun Sahaja utk melihat perkembangan Anak..masuk tahun ke 3 sy mohon pakar diagnosed Anak sy sedangkan doc masih memberi masa atas sebab prematured..Sy bertegas dgn keputusan utk doc terus diagnosed kan Anak sy… Sbb ape??
Sebab sy
– xnak Anak sy rasa rendah diri ketika berada dikalangan anak² yg ternyata lebih baik drnya
-sy x sanggup melihat Anak sy tepaksa bertarung dgn org yg tidak layak utknya
-sy xnk menyusahkan guru yg akan stress utk melayan Anak sy
– sy tau anak sy x mampu ikut Apa yg tersenarai dlm. Aliran perdana..
Setelah doc diagnosed sy terus ke JKM mohon kad oku seterusnya sy ke PPD jumpa Pegawai Unit pendidikan khas. Mohon pra sekolah pendidikan khas ketika umur nya 4 tahun.. Alhamdullilah.anak sy diterima ke pra ppki ketika umur 5 tahun..murid paling muda dlm kelas.
Apa yg sy ingin kongsikan ialah
*Ibu lebih memahami kemampuan Anak jgn takbur dgn diri demi menutup kekurangan Anak pd pandangan org*
*Sbg ibu tunjulkan kelemahan itu melalui kelebihan yg dia ada*
*Jgn sesekali merendahkan kemampuan Anak Dan rasa down bila doc diagnosed ank..
Telefon ‘Hang’ & ‘Berat’, Begini Cara Nak Padam File Bersaiz Besar. Mudah Je & Terus Jadi Laju!
Selalunya bila kita telah guna telefon dalam hampir setahun, pada ketika itu mulalah kita rasa telefon tersebut ‘berat’, ‘lagged’ dan paling tidak senang hati dibuatnya bila keluar pula notification ‘storage full’.
Jika hendak dibuang gambar dan video yang ada dalam gelary, terasa sayang pula. Itu semua kenangan.
Jadi apa kata anda buat tips yang dikongsikan oleh @zafizi.zain ini di aplikasi TikTok. Caranya cukup mudah dan anda boleh lakukan sendiri seperti di bawah ini:-
Langkah 1 : Pergi dekat setting telefon anda.
Langkah 2 : Pilih Apps dan klik. Akan keluar semua apps yang kita ada.
Langkah 3 : Klik bahagian tepi (anak panah kuning) dan kemudian untuk lebih mudah short by size dan secara automatik fail saiz paling besar akan berada di atas sekali.
Langkah 4 : Kemudian pilih apps dan sebaiknya lihat yang 10 yang teratas. Contoh kita klik pada facebook.
Langkah 5 : Kemudian klik di bahagian storage
Langkah 6 : Kemudian klik clear cache dan secara automatik bahagian cache akan jadi kosong.
Apabila file di dalam telefon ‘dibersihkan’ telefon akan lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau ‘berat’. Selamat mencuba.
@hafizi.zainJom ‘clear’ kan memory phone yang tak perlu. Baru phone jadi laju. ##share ##tiktokguru ##viral ##foryou ##hafizizain ##tiktokmalaysia♬ Epic Music(842228) – Pavel
Video yang dikongsikan ini mendapat perhatian dan ditonton oleh 444 ribu penonton dan ramai memberi komen terima kasih. Ini memandangkan ramai antaranya tidak tahu cara tersebut dapat membantu mengatasi masalah telefon yang semakin berat dan hang. Nyata, cukup mudah rupanya bila sudah mengetahui caranya.
Sumber : TikTok @hafizi.zain
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kurangkan Kesan ‘Mata Panda’ Dengan Trik Dari Bahan Dapur!
Sesiapa pun mesti tidak suka kalau lihat dicermin dan nampak kawasan mata semakin hari semakin nampak kesan lingkaran hitam seakan mata panda.
Jadi janganlah dibiarkan masalah lebam dan bengkak mata yang anda alami ini sebaliknya rawat masalah anda dengan cara di bawah ini.
Limau Nipis
Lebihan limau nipis yang dibuat air atau masakan jangan pula dibuang. Sebaliknya simpan sahaja kulitnya dan sapulah di bawah mata yang lebam akibat tidak cukup tidur. Biarkan kering seberapa ketika kemudian barulah muka dicuci dengan air yang bersih. Lakukan ini berulang kali sehingga mata reda.
Kulit Timun
Sama seperti limau nipis, begitu juga dengan hirisan timun. Kulit timun jangan pula dibuang sebaliknya ditekan pada kawasan mata yang bengkak dan lebam. Sapukan rata dan biarkan ia menjadi kering. Kemudian barulah dicuci dengan air yang bersih. Timun yang bersifat sejuk mampu meredakan mata yang bengkak.
Telur
Petua orang-orang lama yang patut anda cuba adalah menggunakan telur. Ambil sedikit putih telur an sapukan pada bahagiabn bawah mata. Biarkan hingga ia kering dan kemudian dicuci dengan air bersih.
Ubi Kentang
Ambil sebiji ubi kentang dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian hiris bulat nipis dan tekapkan pada bahagian mata. Biarkan sehingga hilang rasa sejuk atau anggaran 15 minit dan kemudian dicuci bersih.
Susu
Selain susu diminum, ia juga boleh meredakan kelesuan mata dan menghilangkan kesan ‘mata panda’ dengan cara celupkan 2 keping tisu ke dalam air susu. Kemudian tekapkan di mata selama 20 minit. Lakukan secara rutin untuk kesan yang diingini.
Air sejuk & sudu
Cara ini juga berkesan dan amat mudah. Ambil secawan air sejuk dan rendamkan dengan sudu besi. Kemudian lekapkan pada bahagian mata beberapa kali.