Jika namanya seorang perempuan, mesti inginkan kulit wajah yang cantik nampak sihat dan bersih, paling penting bebas daripada masalah jerawat. Pun begitu, realitinya masalah kulit berjerawat ini menjadi antara yang lumrah dialami oleh wanita. Lebih-lebih lagi bagi yang memiliki kulit wajah yang sensitif.
Keluhan berhadapan dengan pelbagai masalah wajah seharusnya haruslah diatasi dengan cara yang alami. Salah satunya adalah dengan menggunakan daun pandan. Jom ketahui caranya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : petua ibu
Minum Jus Hijau, Bukan Je Kurus Tapi Kulit Makin Licin. Ni Yang Ibu Anak 2 Ni Amalkan!
Ibu beranak dua ini jika dilihat sekali pandang persis anak dara, wajahnya comel dan memiliki rangka tubuh yang kecil molek. Namun siapa sanga, sebelum ini berat badannya pernah mencapai 70kg.
Pelbagai usaha dilakukan pada Ogos 2017 dan kini alhamdulillah berat badannya mencapai berat badan ideal, iaitu 55kg setelah mengamalkan minum Jus Hijau atau pun dikatakan sebagai Jus Singkir Lemak olehnya.
Dan ini antara perkongsian apa yang dirasakan dan perubahan yang berlaku pada dirinya setelah amalkan sebulan minuman tersebut.
- Seluar baju jadi longgar
Woww yang ni paling best. Seluar slack baru beli bulan lepas, pakai semalam dah longgar. Tak tahu nak happy sangat ke tak. Happy bila makin longgar, tak happy kene beli yang lain pula.
2. Kulit makin licin
Bila umur dah masuk 24 ni, eh 34. Kulit makin kasar. Tapi sejak minum green juice bulan lepas. Terasa kehalusannya dalam 30%. Mungkin lepas 3 bulan istiqomah, percentage halus boleh meningkat.
3. Usus menyanyi riang gembira setiap hari.
Dah bagi hint usus gembira, faham faham la kan.
Idea resepi Green Juice a.k.a Jus Singkir Lemak:
1. Lettuce + Epal Hijau + Lemon
2. Brokoli + Epal Hijau + Lemon
3. Pegaga + Epal Hijau + Jambu
4. Lettuce + saleri + pisang
5. Pegaga + brokoli + epal hijau
Tip:
– Tak perlu risau sukatan, campak campak je. Bukan nak buat kek ni.
– Pilih sayur berdaun hijau / sayur hijau dan at least 1 buah citrus seperti lemon atau epal hijau.
– Boleh guna air sejuk atau air biasa
– Boleh tambah protein powder jika mahu
Kenapa Jus Singkir Lemak ni green juice? Bukan jus warna lain?
– Jus warna lain sangat bagus, tapi sayur / buah hijau tersangat kaya dengan micronutrient (zat surih).
– Sesetengah micronutrient dalam sayur tu tak dapat diesktrak utk proses sebagai pil supplement. Tak perlu percaya pada khabar2 angin yg kata makan supplement dah tak perlu makan sayur atau buah lagi.
– Nutrient dalam green juice bantu cepatkan penyingkiran lemak lemak degil yang tebal tu dengan pantas.
sumber : Nurhafiza Jusoh
Nak Goda Suami Dengan Kecantikan Semulajadi, Jauhkan Dulu 5 Punca Terjadinya Masalah Kulit!
Kesibukan menguruskan keluarga di rumah di samping bebanan tugasan di pejabat, membuatkan penjagaan kulit wajah yang sempurna sering kali dibuat secara ala kadar.
Risau pula kalau terus dibiarkan akan menyebabkan adanya masalah kulit seperti berjerawat, jeragat dan sebagainya. Bila ini terjadi bukan sahaja kita sendiri tidak suka, malah bimbang juga kalau-kalau En. Suami pun berasa tidak selesa melihat masalah kulit wajah isterinya.
Oleh itu, berikanlah perhatian dalam penjagaan kulit wajah dalam rutin harian, pun begitu tidak mencukupi,ketahui juga 5 punca penyebab kepada terjadinya masalah kulit wajah.
- TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
- BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
- PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
- PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
- TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
Dan ini pula rahsia kecantikan kulit wajah selebriti:
ANZALNA NASIR
- Menyapu putih telur pada wajah dan sering berselawat setiap kali membasuh muka.
ROZITA CHE WAN
- Amalan semenjak remaja, mencuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk pada waktu pagi bagi mengecilkan pori wajah.
SITI NURHALIZA
- Pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B Complex serta berselawat setiap kali mencuci muka.
JENNIFER ANISTON
- Pengambilan air dan tidur secukupnya serta pemakaian krim pelindung tabir suria.
KATE MIDDLETON
- Mendapatkan rawatan wajah “Bee Venom Facial” untuk tampil muda dan berseri.
SCARLETT JOHANSSON
- Memilih ‘toner’ ataupun penyegar wajah yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu campuran air dan pati lemon untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Jangan Pakai Inai Ketika Hamil, Ini 5 Sebab Ibu Kena Tahu!
Trend memakai inai di kalangan wanita pada hari ini semakin menjadi popular. Kebanyakan kaum wanita menjadikan hiasan inai sebagai salah satu pelengkap gaya pada kuku mereka.
Walaupun pemakaian inai dikatakan selamat dipakai oleh wanita hamil dan menyusukan anak namun baru-baru ini tular satu video di TikTok seorang wanita menyatakan dia ditegur oleh jururawat kerana memakai inai ketika membuat pemeriksaan mengandung di sebuah klinik.
Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri daripada memakai inai buat sementara waktu.
Perkongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai sehingga menjadi tanda tanya warga maya yang keliru apa punca wanita hamil tak digalakkan memakai inai.
@tyathirah♬ Finger Dance TikTok – غزلان
Kenapa Ibu Hamil Kena Stop Pakai Inai
Sebenarnya pemakaian inai bukanlah suatu yang salah atau boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Ia perlu dielakkan bagi urusan pemeriksaan kesihatan ibu hamil dan ibu nak melahirkan bayi atas sebab-sebab seperti berikut yang pernah dikongsi oleh seorang jururawat terlatih Bel Nawhen atau nama sebenarnya Nur Nabiila Masfuzah Abdullah di Facebook beliau satu ketika dahulu.
Menurut Bel kalau pakai pewarna kuku, memang jururawat akan pesan suruh cuci atau tanggalkan pewarna kuku tersebut.
Ini antara sebabnya kenapa ibu hamil disuruh elak daripada memakai inai:
1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.
2. Ukir inai atau memakainya di kuku, kalau boleh elak kerana inai ukir di tangan dan kuku menyukarkan untuk suntikan jarum jika ibu tiba-tiba perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.
3. Jururawat akan periksa darah pada kuku ibu hamil semasa pemeriksaan kesihatan untuk tengok sama ada kebiruan dan sebagainya.
4. Bagi ibu hamil yang ada masalah Anemia, pemeriksaan menerusi kuku boleh mengesan sebarang masalah abnormal yang berlaku.
5. Pemakaian inai pada kuku menyukarkan jururawat untuk memeriksa masalah Hypoxia iaitu kurang oksigen dalam darah yang paling cepat dikesan melalui kuku pesakit.
Tetapi kalau sudah pakai inai jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi. Tetapi kalau sudah terpakai kita tidak boleh buat apa-apa.
Sumber: Sinar Plus & Kosmo