Bukan sahaja daripada aspek emosi dan fizikal, malah dari sudutn kos dan perbelanjaan sepanjang berada di Tanah Suci juga. Sedar akan itu, umumnya kita akan cuba membuat tabungan dan bila mana mencukupi barulah bersedia rasanya untuk mendaftar dengan pihak agensi.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan keluarga ini dengan menjadikan langkah pertama merialisasikan impian menjadi tetamu Allah dengan nekad mendaftar pakej umrah terlebih dahulu. Kemudian setelah itu barulah diusahakan bagi mencukupkan kos dan kewangan yang diperlukan.

Ini tahu kisah selanjutnya, ini perkongsian penuh di akaun fabnya. Jom semak.

Throwback kenangan Umrah 22 Sept -3 Okt 2019

Bersama suami dan anak-anak 4 & 1 tahun lebih.
Pada awalnya saya sendiri dan suami tiada duit simpanan untuk buat umrah. Tapi pada bulan Mac, saya nekad untuk booking pakej Umrah juga. Bayar booking sahaja 300. Dan masa tu book untuk 3 orang, saya, suami dan anak kecil( sebab dia punya kos hanya 1500 sahaja budak bawah 2 tahun) bersama abang sulung dan mak saya sahaja. Hati memang nak sangat bawa anak sulung sekali. Dah la Namanya *Nur Khayla Medina*

Saya tak berkerja hanya suri rumah,berniaga online kecil-kecilan, suami sorang sahaja berkerja. Tapi benarlah, apabila kita yakin dan buat tindakan pertama, Allah mudahkan urusan dan buka jalan untuk mencukupkan duit bayaran umrah kami sekeluarga Allah maha baik.Maha mendengar. Allah buka jalan satu persatu untuk melancarkan urusan ke sana.

Tiba lah pada bulan 7, saat buat passport, hati kami suami isteri sebak tengok anak sulung hanya duduk dikerusi, tak buat pasport selesai buat passport kami bertiga sahaja. Malamnya saya meluahkan perasaan dan berbincang dengan suami. Meluahkan kehibaan bila tak dapat bawa Medina untuk umrah sekali (pakej umrah budak atas 2 tahun dama harga pakej dewasa, diskaun beberapa ratus)

Dalam pada itu, kami berdoa minta petunjuk dari Allah.

Hati kami kuat dan nekad esoknya saya tanya travel Agent, boleh tak nak daftar sorg lagi anak saya? Staff ya bagitahu kebetulan memang tinggal 1 sahaja lagi seat kosong. MasyaAllah. Cantek betul aturan Allah Kan. Walaupun masa tu Kami takde duit lagi nak bayar pakej untuk Medina.

IKLAN

Alhamdulillah, Allahuakhbar Allah beri kami rezeki dari mana-mana arah untuk kumpul duit pakej untuk Medina dalam masa 1 bulan. Terima kasih juga kat travel agent bagi kami masa untuk selesaikan bayaran.

Dah setel semua bayaran pakej umrah kami sekeluarga, tiba-tiba dapat berita Saudi kenakan bayaran RM 350 visa setiap seorang. So untuk Kami berempat perlu bayar RM 1400. Sedangkan masa tu duit saya dan suami cukup-cukup ada untuk duit makan di sana.

Saya baca wassap tu dari staff travel agent tu. Saya diam. Saya terus teruskan berdoa dan yakin Allah bantu kami nanti. (Masa berbaki 2 minggu sebelum fly tak silap saya)

Tiba-tiba saya dapat wassap dari seorang hamba Allah ingin beri hadiah sejumlah Wang. Masha Allah tabarakallah dengan duit itulah saya bayar duit visa saya sekeluarga.

“Hanya Allah sebaik-sebaik penolong”

IKLAN

Hasbunallah wanikmalwakel

Saya jadi saksi melihat satu persatu bantuan Allah datang bila kita benar-benar yakin pada Allah.
Hanya Allah tempat kita bergantung harap. Allah maha baik, sentiasa beri kita nikmat yang tidak terhitung.

Dahulunya saya selalu cakap nak simpan duit untuk buat umrah. Tapi saya tak pernah sekali pun berjaya . Duit yang simpan pasti habis tah kemana.

Rupanya, Allah nak tengok tindakan saya , nak tengok keyakinan saya. Bila niat dah ade, bila booking pakej Umrah, Allah tahu kita dah benar-benar ingin menyahut jemputan Allah untuk menjadi TetamuNya.

“Awalnya Tiada Duit Simpanan, Tapi Terus Je Booking Pakej Umrah”-Terinspirasi Perkongsian Ni!
.

IKLAN

Allahu Allah. Begitu lah Cara Allah menjemput Kami sekeluarga.

Alhamdulillah Medina juga dapat buat umrah sendiri 2 Kali . Dia seronok berlari semasa Saie. Langsung tak berhenti . Hebat Allah beri tenaga padanya. Pada hakikatnya Medina Tu jenis cepat penat kalau berjalan jauh tapi Allah beri tenaga untuk Medina tawaf 7 pusingan, saie 7 pusingan tanparRasa letih. Tambah-tambah bila dia dapat minum air zam-zam Bertambah semangat dia.

Semuanya yang berlaku ini adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah jua. Diri saya dan suami tiada daya upaya untuk dapatkan semua ini.

Terima kasih ya Allah.
Jemputlah lagi kami ke rumahMu ya Allah.
Kami rindukan segalanya di sana.
Ya Allah pilih kami dapat menetap Di Madinah/Mekah sehingga hujung nafas Kami.
Ya Allah izinkan jasad kami ditanam Di perkuburan Baqi’.

Terima lah taubat Kami Ya Allah, terimalah ibadah Kami ya Allah. Terimalah DOA Kami ya Allah

Aamiin Allahumma Amin
Memori Indah KASMAR 2019

“Allah tak memanggil yang mampu, tetapi Allah memanggil pada yang mahu,rindu dan yakin”

sumber : Mardhiah Fozi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI