Cuba lihat bagaimana keadaan bilik anak-anak kita setiap pagi terutamanya selepas bangun tidur. Kemas atau sebaliknya? Lazimnya anak-anak akan tidur lasak dan tidaklah sesuatu yang pelik jika cadar yang digunakan boleh beralih kedudukannya malah lagi ‘kreatif’ dijadikan selimut, dua dalam satu katanya.

Bila tengok semua ini, memang boleh mengundang marah di hati ibu. Lebih-lebih lagi jika sudah terlambat ke tempat kerja. Mana mungkin sempat mengemas nak tarik cadar agar tegang, sudahnya kita biarkan sahaja bilik  tersebut sehinggalah dikemas semula sebelum tidur. Inilah rutin harian yang sering dilakukan!

Tapi untuk lebih mudah apa kata anda cuba menggunakan cadar quilt patchwork. Dikatakan cadar ini apabila diletakkan di atas tilam akan terletak rapi kerana ia berat dan  mudahlah untuk anda pastikan tempat tidur anak-anak terlihat kemas.

Bab Jaga Cadar Quilt Patchwork, Mesti Tahu Cara Cuci. Barulah Cadar Kekal Nampak Cantik!

Selain itu, cadar jenis ini mempunyai corak yang cukup menarik yang dihasilkan daripada 100%  cotton. Persoalannya bagaimana pula untuk menjaga cadar quilt patchwork ini agar tahan lama? Nak tahu caranya, jom semak perkongsian Nova Adila Erizal

IKLAN

[su_highlight background=”#f0f0f7″ color=”#120c52″]Berikut tip yang perlu kita ambil perhatian:[/su_highlight]

  1. Tiga atau empat bulan sekali, manjakan cadar anda dengan basuhan istimewa menggunakan baking soda. Proses ini adalah untuk membuang sisa-sisa detergen atau softener yang membuatkan fabrik menjadi ‘keras’ dan tidak menyerap air.

Caranya:
Rendamkan cadar selama satu jam dengan ½ cawan baking soda bersama air suam (bukan panas) sebelum dicuci. Kemudian cuci seperti biasa dalam mesin dengan mencampurkan ½ cawan baking soda lagi. Baking soda yang di campur sabun pencuci menjadikan cucian lebih bersih dan lembut.

2.Sentiasa asingkan basuhan dengan pakaian lain yang berzip, bercangkuk atau apa-apa yang tajam. Sarung bantalnya juga diasingkan pembasuhan dengan cadar (bedspread) – atau gunakan ‘washing bag’ kerana sarung bantal ada zip yang tajam, risau akan mudah terentas alur-alur jahitannya.

IKLAN

Bab Jaga Cadar Quilt Patchwork, Mesti Tahu Cara Cuci. Barulah Cadar Kekal Nampak Cantik!

3.Sebaiknya jemur cadar di kawasan teduh dan tidak terlampau panas dengan sinar matahari. Begitu juga dengan cara menyimpan cadar – jangan direct dengan terik mentari, fabrik mudah rosak nanti.

IKLAN

4.Gunakan pencuci yang lembut setiap kali basuhan, jangan sesekali gunakan harsh detergent atau peluntur.

Bab Jaga Cadar Quilt Patchwork, Mesti Tahu Cara Cuci. Barulah Cadar Kekal Nampak Cantik!

5.Untuk penyimpanan cadar, pastikan cadar betul-betul bersih untuk mengelakkan kulapuk dan sebagainya. Elakkan penyimpanan cadar dalam plastik terlalu lama – cadar juga perlu ‘bernafas’. Antara kaedah yang baik adalah melipat kemas cadar dan masukkan dalam sarung bantal kapas yang lain, baru disimpan dalam almari.

Sumber : Nova Adila Erizal

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI