Kehilangan orang tersayang ibarat separuh dari diri kita hilang. Apatah lagi, pemergian tersebut secara mengejut.

Malamnya masih bergurau senda, namun esoknya dia sudah tiada lagi. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bila mendapat berita yang cukup menghibakan.

Perkongsian pelakon Catriona Ross dalam satu program benar-benar menyentuh hati. Kehilangan ibu dalam satu kemalangan benar-benar mengubah hidup pelakon Pujaan Hati Kanda ini.

“Sebelum pemergiannya, ibu selalu bercerita dan berkongsi satu hadis. Waktu itu saya tak tahu ia petikan hadis. Petikan berbunyi dalam sekujur jasad, ada seketul daging. Andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu. Andai buruk, maka buruklah seluruh jasad itu.

“Seketul daging itu adalah hati. Jadi, saya selalu fikir apa yang ibu  selalu bercerita berulang kali. Lama-kelamaan baru saya faham, dalam mendidik dan menasihati anak, keluarga dan orang sekeliling segalanya adalah berkenaan hati.

“Waktu umur 4-5 tahun, saya dan adik perempuan diminta ibu untuk baca surah-surah lazim sebelum tidur. Esoknya, pantang bagi ibu bila kami bangun dan sebut ‘good morning’. Sebaliknya ibu minta kami bagi salam dan barulah cakap good morning kalau perlu. Itulah antara perkara yang ibu saya lakukan dan saya cuba terapkan dalam mendidik anak-anak sehingga sekarang.

Pesanan ibunya waktu awal perkahwinan dulu masih diingat sehingga kini. Kata arwah, layan dan terima keluarga mentua sebagai keluarga kedua.

“Kalau berkahwin nanti, jangan fikir itu famili mentua, tetapi itulah keluarga kedua kamu. memang menyakitkan bila kehilangan ibu tetapi alhamdulillah Allah berikan ibu mentua yang sangat memahami, penyayang untuk saya jadikan pengganti arwah ibu.

“Mendidik dan membesarkan anak-anak cukup mencabar dan bukan mudah. Bagaimana kita nak betul-betul didik anak supaya mereka hormat kita kerana sayang bukan kerana takut. Saya cuba didik anak dan selalu tanya kenapa hormat mummy, dia kata sebab sayang. Saya tanya lagi kenapa sayang saya, anak saya kata kerana ibu lahirkan saya.

“Untuk seorang anak umur 5-6 tahun sangat meluluhkan jiwa raga kita. Saya tanya kena  nak hormat mummy, anak saya kata sebab dia nak bersama tok mummy (ibu saya) di syurga. Jadi dia nak ke syurga, jadi dia perlu hormat semua orang disekelilingnya.

“Insyaallah apa yang saya terapkan pada anak-anak ini adalah hasil didikan ibu saya dulu. Saya harap anak saya membesar dan menyayangi Allah dan Rasul, mentaati agamanya.

BANGUN PAGI JANGAN CAKAP GOOD MORNING DULU – CATRIONA ROSS

"Pantang mak saya kalau bangun pagi, cakap Good Morning dulu", kata Catriona Ross…Kredit: Hadith Open Mic, Kengkawanproject dan Astro Gempak

Posted by The Rohani on Monday, 8 January 2018

Sumber: The Rohani

Tinggalkan Komen