Mungkin selama ini ada antara kita hanya mengenal Baking Soda sebagai bahan yang perlu digunakan dalam penyediaan pastri. Namun sebenarnya baking soda ini mempunyai banyak kelebihan dan cukup popular di kalangan mereka yang gemar menggunakan bahan secara alami dalam penjagaan kesihatan, kecantikan bahkan dalam hal menguruskan rumah tangga.

Ingin tahu lebih detail apa lagi yang boleh dilakukan dengan baking soda ini, ayuh perhatikan 13 manfaatnya selain tujuan utama kita membeli baking soda adalah untuk membuat kek dan biskut.

  1. Deodoran semulajadi

Kalau ada sesiapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan bahagian bawah lengan seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la juga kaedahnya.

  1. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak

Baking Soda Dalam Masakan Itu Biasa. Ada 13 Lagi Kegunaannya, Tapi Ramai Belum Biasa Buat!

Nak-nak pula baju sekolah anak-anak atau uniform suami yang berdaki dan kotor. Anda  boleh rendam baju-baju tersebut dalam air sabun kemudian  campur sedikit dengan baking soda dalam air tersebut.

  1. Gunakan sebagai pencuci mulut

Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala-ala listerine tu la. Anda perlu campurkan baking soda dengan air, kemudian gunakan untuk berkumur. Lepas ini tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

  1. Scrub wajah

Kiranya macam skrub muka untuk tanggalkan kulit  mati di wajah. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok-gosok perlahan pada wajah. Kesannya kulit lebih berseri dan halus.

IKLAN
  1. Untuk mencuci sikat & berus rambut

Kadang-kadang anda perasan tak sikat rambut tu dah berkerak-kerak. Penuh dengan sel-sel kulit kepala dan kelemumur. Takkan nak cungkil satu-satu bilah sikat tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, kemudian rendam. Agak-agak dah lama, bilas dengan air biasa. Pasni sikat anda akan jadi bersih dari daki-daki  itu semua.

  1. Garam mandian (bath salt)

Baking Soda Dalam Masakan Itu Biasa. Ada 13 Lagi Kegunaannya, Tapi Ramai Belum Biasa Buat!

Baking soda juga boleh jadi skrub badan. Caranya sama seperti buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kulit badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sedikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pula, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi.

  1. Pemutih gigi

Baking Soda Dalam Masakan Itu Biasa. Ada 13 Lagi Kegunaannya, Tapi Ramai Belum Biasa Buat!

IKLAN

Seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi. Pastu gosok gigi macam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi anda.

  1. Pengganti mopiko

Tau ke apa mopiko tu apa? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takda mopiko takpa. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek saja kat tempat yang ada kesan gigitan nyamuk.

  1. Merawat sunburn atau luka akibat pisau cukur

Pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

  1. Membersihkan karpet

Kalau karpet anda kotor, payah-payah sangat taburkan sahaja baking soda di atas karpet. Kemudian gunakan penyedut hampa gas untuk bersihkan karpet tersebut. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

IKLAN
  1. Sebagai syampu kering

Penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas itu blow rambut dengan hair dryer.

  1. Hilangakan blackhead

Baking Soda Dalam Masakan Itu Biasa. Ada 13 Lagi Kegunaannya, Tapi Ramai Belum Biasa Buat!

Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh di bahagian blackhead.

  1. Lembutkan daging

Ini memang petua orang dulu-dulu. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

Sumber : SYANI

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI