Sebut bab bekal anak ke sekolah, pastinya kita terbayangkan keenakkan air tangan ibu kan. Melihat si isu bersusah payah bangun awal pagi untuk menyediakan segala kelengkapan.
Namun kali ini admin nak cerita tentang air tangan seorang ayah pula. Nampak tular perkongsiannya di dalam satu laman web masakan.
Menerusi catatannya, Wan Muhammad Hafiz Satar bangun seawal jam 5 pagi bagi meyediakan bekal untuk anaknya ke sekolah.
Selain itu, beliau turut berkongsi 30 menu bekal anak ke sekolah untuk panduan ibu bapa yang lain.
“Salam Semua…Disini saya kongsikan 30 menu Bekal anak ke sekolah sepanjang tahun 2018 yang pernah saya buat. Semoga memberi inspirasi untuk semua dalam menyediakan bekal anak kesekolah bagi tahun ni.
“Untuk maklman yang bertanya berapa lama saya ambil masa untuk siapkan bekal, saya start bangun jam 5 pagi untuk siapkan bekal anak. Sebelum tidur saya dah prepare awal² bahan² untuk masak, jadi bila bangun bleh masak terus.
‘Biasanya jam 6 pagi bekal anak dan bekal saya ketempat kerja dah siap semua. Lepas tu baru saya mandi, solat, sarapan dan bersiap utk hantar anak kesekolah. Jam 6.45am dah kluar rumah ke sekolah anak.
#Hari2BabaMasakBekalUntukAnak2
Selain itu, beliau turut memuat naik beberapa resipi untuk memudahkan ibu bapa memasak bekalan anak.
“Gembira Dapat Berbual & Kongsi Pengalaman IVF. Sungguh Keibuan.” Terima Panggilan Dari Tuanku Permaisuri, Elizad Terharu & Sebak!
Kehadiran zuriat dalam rumah tangga adalah anugerah yang tak ternilai kurniaan dari Yang Maha Esa. Ada yang diberikan rezeki menimang cahaya mata awal, tak kurang yang terpaksa melalui pelbagai ujian dan dugaan.
Bagi yang menempuhi perjalanan IVF untuk mendapatkan cahaya mata bukan lah semudah yang disangkakan. Kesakitan, emosi dan pelbagai lagi ujian terpaksa dilalui namun semuanya ditempuhi dengan sabar demi untuk bergelar ibu.
Demikian juga dengan pelakon dan hos, Siti Elizad yang sebelum ini berkongsi pengalamannya dalam menjalani rawatan IVF. Terbaru, dalam laman instagramnya, Elizad meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut penyampai radio ini, Tunku Azizah berkenan membaca kisahnya yang didakwa mempunyai masalah gangguan kesuburan dan menghubunginya untuk memberikan kata semangat selain berkongsi pengalamannya sepanjang 17 kali menjalani IVF.
Would love to share this special moment . Hari ni hari yg sgt menggembirakan hati saya . Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah . ❤️
Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya “ Mandul “ tempoh hari .
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu , terkejut , semua ada . Macam mimpi , dapat berckp dgn Tuanku Permaisuri yg saya sendiri jadikan idola dlm cerita perjalanan ivf saya . Sungguhnya ,
Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dgn kisah saya yg bukanlah siapa2 . 🙏🏻
Akui Elizad, tiada kata yang mampu digambarkan atas keprihatinan Tuanku Permaisuri yang sudi berkongsi pengalamannya sebelum ini.
Tuanku berikan kata2 semangat , bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17kali tempuh perjalanan ivf . Memang menyakitkan . Hanya yg mengalami sahaja yg merasai .
Tiada kata yg mampu saya gambarkan , terlalu gembira dapat berbual2 dgn Permaisuri yg disayangi semua . Sungguh2 keibuan .
Ujar Elizad lagi, apa yang dikongsikan adalah untuk pengetahuan bersama selain menaikkan semangat wanita lain yang senasib dengannya supaya tidak patah semangat atau malu dalam situasi tersebut.
Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi ? “ . ❤️
Allahuakhbar .
Terima Kasih byk Tuanku Permaisuri . 🙏🏻
Really made my day .
To all ttc squad , we are fighters. People can say whatever they wish .
Hanya kita sesama kita yg melalui nya .
For those yg kecam & ckp “ nak buat anak pun nak bising2 “ .
Utk pengetahuan semua , my intention sharing my ivf journey is only for those ttc squad to get more information .
Not to be afraid or malu berjumpa dgn pakar . Nak semua #ttcsquad come forward .
Dalam masa yg sama , saya bekerjasama dgn pihak Sophea Fertility . Jadi apa yg berkaitan dgn ivf , of course saya kongsikan dgn mereka yg senasib dgn saya .
Harap this one clear . ❤️
Jelas Elizad lagi, apa yang dimuat naik menerusi laman instagramnya adalah perjalanan dia menempuhi rawatan IVF untuk pengetahuan serta berkongsi pengalaman dengan mereka yang senasib dengannya.
Tiada paksaan pun utk ikuti kisah saya . Terpulang pada followers .
I just share my journey here .
Sama juga mcm para ibu yg lain . Berkongsi tentang kecomelan anak2 mereka di media sosial .
Jadi x salah kiranya saya berkongsi perjalanan ivf saya & pengalaman bersama mereka yg senasib dgn saya . Spread love semua . Not hate . Terima kasih . ❤️
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul wareseen 🤲🏻
Sumber: Instagram Siti Elizad
3 Hari Turun 3Kg Bila Amal Petua Ni, Paling Syok Bukan Diet Ektrim. Mudah Sangat Suami Isteri Buat!
Bimbang dengan berat badan yang semakin bertambah, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh Puan Fatin ini.
Menurutnya, dia menyediakan minuman herba tersebut pada awalnya untuk diberikan kepada suaminya yang mengalami masalah berat badan. Dan siapa sangka, baru 3 hari amalkan sudah nampak perubahan yang positif.
Untuk itu, buat ibu-ibu yang ingin kembali langsing apa kata mencuba untuk amalkan petua ini. Jom semak perkongsiannya.
Assalamualaikum…sy bkn nk share pic mknan..tp nk share petua untk kurus..suami sy mnum air ni baru 3 hari..berat dr 88kg slrg tggl 85.5kg…
Bahan-bahan yang diperlukan
bunga cengkih – 7 biji *
kulit kayu manis – 1 batang *
halia – 3 hiris (jgn bsar² nt pedas) *
serai – 2 batang *
madu – 1 sudu
lemon – 1 hiris (atau ikut kemahuan masing²)
air – 1 liter *
Cara penyediaan:
- Cuci dan kemudian rebus semua bahan * diatas selama 15-20 minit.
- Bila sudah siap boleh trus minum tanpa campur dgn air biasa biar jd suam.
- Lepas tu baki air tu boleh simpan peti dan mnum esoknya pula.
“Suami sy mnum time pg sblm srpan n mlm sebelum tido..sesuai untk suami isteri yg nk kurus n kempiskan perut..biar isteri lg cergas buat kerja rumh.”–Fatin
sumber : Fatin Erma Idayu Hashim via MAHN
Paper Bake Rupanya Banyak Kegunaannya, Ingat Untuk Bakar Je!
Mungkin ada antara kita masih tidak tahu apa kegunaan Papar Bake yang ada dijual dipasaran.
Berkongsi pengalaman yang sama, wanita ini pada awalnya juga tidak biasa memasak menggunakan paper bake.
Namun bila dapat tahu kegunaannya, dengan teruja turut berkongsi info agar orang lain juga tahu menggunakan papar bake ini.
Ikuti perkongsiannya.
Baru tahu banyak sangat kegunaan paper bake brand GLAD
Saya nak share satu benda best bila ada dalam ruang dapur kita mungkin ramai yang dah tahu tapi nak share jugak (terlebih exited baru tahu)
Selama ni asyik main beli je paper bake tak menyempat nak survey mana yang jimat dan banyak kegunaan pun..
Lepas ni dah boleh beli paper bake brand GLAD yg ade tulis COOK&BAKE non stick paper memang sangat banyak kegunaannya..
Bukan setakat bakar membakar. Tapi nak grill,nak merebus,nak kukus ke nak GORENG pun boleh..‼️ Tanpa ada rasa risau melekat dekat pan/kuali..
Dah tak payah risau lepasni kalau takde kuali/pan mahal yg non stick sbb dgn paper bake ni takkan ade yg melekat pun..yeehaaaa!!
Lepasni boleh la masak sambil joget bukan gosok kuali sambil nak lempar kuali sebab melekat ye…
P/s: Saya da try kukus ikan,bakar kuih,goreng telur,bakar ikan letak sambal(macam balut daun pisang tu…) Setakat ini Alhamdulillah tiada yg melekat atau cubaan melepar kuali.
Ohh ye harga dia time saya beli dalam rm14.90 tak silap.(tesco)
Sumber : Malissa Lissa via MAHN