Memasak memang sinonim dengan para ibu. Malah air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang,kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk keluarganya. Ikuti resepi wanita ini cara memasak ayam masak Kam Heong memang membuka selera keluarga. Jom cuba resepi puan ini.


AYAM MASAK KAM HEONG BERTAMBAH NASI.

Resipi ni kalau Kekna buat kan, somi dan anak anak memang cukup sukeee la. Tambah makan nasi panas panas. Perghhh.

Selera dia kan jangan salah Kekna k. Memang buat korang tak cukup satu pinggan kot. Yang diet tu terus tak jumpa jalan balik. Hahahaha

Seriyus memang sedap sangat sangat tau. Walaupun campak campak jeee masak ni.

Ni resipi Kekna yang korang boleh la terai buat k. Yang tak tahu nak masak pe tengah hari ni bole la buat kan.

IKLAN

Ala bahan bahan dia memang senang je korang nak cari.

Ayam – digaul kunyit dengan garam untuk goreng.
Bawang merah – dihiris halus*
Bawang merah – di potong besar
Bawang putih – dihiris halus*
Halia – dihiris halus*
Daun kari*
Cili api – ikut la kepedasan korang nak.
Serbuk kari ikan dan daging – campurkan
Cili kering – di kisar
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Lada hitam sikit yang di tumbuk
Air asam jawa

Begini Caranya Ayam Masak Kam Heong. Tambah Selera Jika Makan Bersama Nasi Panas

Nota dapur: sukatan ni ikut korang la ye. Sebab Kekna pun agak agak sendiri sebab buat tak ada la kuantiti banyak. ?

IKLAN

Cara cara masak dia kan macam ni.

1. Goreng ayam tu dulu tapi jangan garing sangat. Kejap je k agak agak je la.
2. Dah habis goreng ketepikan dulu ayam tu ye.
3. Tumiskan dulu bahan bahan yang Kekna bertanda * ni kan dulu. Dah agak layu baru masuk kan serbuk kari dan cili kering.
4. Tumis sampai naik bau dan masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap.
5. Biarkan seketika. Lepas tu baru la korang tambah kan cili padi tadi dan bawang merah yang di potong besar.
6. Pastu masukkan air asam jawa sikit untuk buat kuah kan. Perasakan garam dan gula ye.
7. Akhir sekali baru masukkan ayam yang dah di goreng tadi.
8. Dah agak agak masak angkat dan sediakan hidang.

Begini Caranya Ayam Masak Kam Heong. Tambah Selera Jika Makan Bersama Nasi Panas

Begini Caranya Ayam Masak Kam Heong. Tambah Selera Jika Makan Bersama Nasi Panas

IKLAN

Begini Caranya Ayam Masak Kam Heong. Tambah Selera Jika Makan Bersama Nasi Panas

Ha senang kan. Nak buat resipi ni. Kompom la korang jadi feberet nanti.

Selamat mencuba ye.

Yang nak #syer tu Kekna izin dan di persilakan ye. Moga moga bantu la kornag yang kadang tak idea nak masak apa kat dapur tu kan.

Sumber: Zana Mokhtar via Masak Apa Hari Ni

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI