Apa kata mencuba resepi oleh Farizah Malik yang mendapat perkongsian lebih 3K. Jom lihat resepi wanita ini.
Selalu makan dekat kenduri je..Hari ni sis try msk..1st time try & rasa nya x menghampakan..sapa² nk try sis serta kn resepi di bwh.
DAGING MASAK HITAM
BHN²:
900g daging
2 biji bwg besar(kisar)
3 biji bwg merah kecil(kisar)
10ulas bwg putih(kisar)
1 paket kecil serbuk kari
3 sb cili kisar
2 inci halia(kisar)
1 cwn kicap lemak manis
3 sb kicap pekat
1sk serbuk jintan manis
1sk serbuk jintan putih
2sk kerisik
1sb lada hitam
4 serangkai bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga
Garam
Asam jawa
Sedikit minyak utk menumis
CARA²:
?panaskan minyak & tumis 4 serangkai sampai naik bau.Masuk kn bahan yang telah di kisar tadi sampai kekuningan
?Masukkan cili kisar yg telah d gaul bersama serbuk kari td.Biar sekejap 5 minit sambil kacau & tggu sampai pecah minyak
?Masukkan daging kacau sebati & biar kn 5 minit.Bahan dah sebati masukkan kicap pekat,kicap lemak manis,lada hitam,asam jawa,garam,serbuk jintan manis,jintan putih & kerisik
?Biarkan sampai daging masak & pekat.Dh masak boleh hidang..
TIPS TAMBAHAN:
*kenali daging yang kita beli kalau daging kena rebus dahulu kalau daging segar tidak perlu
Tak Mahu Anak Lelaki ‘Naik Kepala’. Mak Ayah Sila Buat Cara Ni Dari Sekarang!
Bila ditanya tentang perbezaan menjaga dan mengasuh anak lelaki dan anak perempuan, rata-rata ada pengalaman menarik ingin dikongsi. Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
[su_highlight background=”#c0def9″ color=”#d41929″]Cara Didik Anak Lelaki[/su_highlight]
- Kurangkan gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah! - Bagi tahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni. - Jangan larang kalau anak kita nak bantu
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai saja. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya! - Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye. - Mula daripada sekarang juga
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh.
– anak di bawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan.
– kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.
Sumber : Taufiq Razif
Stress Tengok Almari Tinggalkan Kesan Kulat, Begini DIY Paling Mudah Hindarkannya, Ibu-Ibu Kena Praktik Ni!
Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot dan almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul pada buku-buku yang terdapat dalam almari.
Kulat ini sebenarnya timbul daripada air yang terdapat dalam udara di rumah kita. Sebab itulah adakalanya rumah kita sentiasa berbau lembap dan kurang segar.
Perkongsian saudara kita, Bijen Mohd, mengenai masalah kulat ini menarik untuk kita baca. Paling menarik perkongsian dan petua yang digunakannya untuk serap semua air amatlah mudah. Guna bahan simple saja. Jom cuba!
Ehem! Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY. Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya. Lainlah kalau rumah korang standard rumah orang kaya pakai perabot jati, cengal, meranti saja. Heh!
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat
koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air
yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
3 Barang Yang Diperlukan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing. Kah!
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan
cepat.
Saya beli sepeket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik.
1. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya. Kristal yang dah siap dipek. Bekas dadih boleh, bekas kek coklat moist boleh, bekas lada sulah pun boleh.
2. Jangan lupa tebuk lubang di penutupnya untuk kesan optima. Gunakan saja pin. Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat.
3. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah.
4. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula
bhai. Jimat belanja!
Okeylah! Korang layan dulu gambar-gambar cara nak buat dehumidifier DIY ni. Moga-moga, korang dah tak dihantui lagi oleh kulat
yang menyeksakan hidup ni. Haha!
Kredit: Bijen Mohd
”Pandainya, Sebutan Tak Pelat & Tulisan Pun Cantik.” Gelagat Comel Anak Yana Samsudin Ajar Daddy Bahasa Cina Raih Pujian!
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan, demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Sebelum ini, Yana mendedahkan anak sulungnya itu menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Bukan itu sahaja, Mateen juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Terbaru, Yana menerusi laman Instagramnya yang menunjukkan Mateen sedang membuat kerja sekolahnya.
Jika selalunya ibu bapa yang mengajar anak-anak, tapi terbalik halnya dengan Mateen. Kelihatan anak sulung pasangan ini mengajar daddynya bagaimana cara menulis dan menyebut nama Mateen dalam bahasa Cina.
Malah dia yang mempelajari bahasa Cina menulis namanya dalam bahasa tersebut pada sebuah buku.
Sambil meneguk air susu, sempat lagi Mateen menyoal daddynya apakah handphone dalam bahasa Cina. Fadzil yang berseloroh menyebut sebutan ala-ala cina sampai tergelak Mateen mendengarnya.
Gelagat comel Mateen meraih pujian daripada ramai. Rata-rata memuji cara pasangan ini mendidik walaupun baru berumur 5 tahun namun cepat belajar.
Sumber: aisymateen
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club