Nak bawa anak pergi bercuti, tentu ibu ayah memilih lokasi percutian yang menawarkan permainan yang menarik sehingga mengujakan anak-anak. Baru-baru ini, selebriti terkenal Eira Syazira dan suami, Azad Jasmin telah membawa anak-anaknya bercuti  di Legoland buat  pertama kalinya! Lokasi percutian popular di Malaysia yang menjadi idaman setiap kanak-kanak dan orang dewasa ini.

Menurut Eira Syazira, percutian pertama kali di Legoland Malaysia yang menawarkan keriangan sebagai lokasi percutian keluarga dengan pelbagai permainan amat  mengujakan. Perkongsian percutian tiga hari dua malam di sini bersama keluarga tercinta memberikan momen bonding yang terindah buat dirinya, suami dan anak-anak.

“Bukan anak-anak sahaja yang teruja, saya dan Azad pun teruja. Ini adalah pengalaman pertama kami berkunjung ke Legoland di Johor ini,” jelasnya dengan riak wajah gembira.

Bercerita lanjut mengenai percutian hujung minggu bersama keluarga, beliau tidak menafikan Legoland adalah tempat yang wajib setiap ibu bapa  membawa anak-anak bercuti ke sini.

“Dah lama kami satu keluarga hendak datang ke sini cuma tidak berkesempatan. Saya tak sangka Legoland di Malaysia sungguh hebat. Sebelum ini, memang anak sulung saya, Amarra Sofea Rose selalu tengok di youtube Legoland California. Saya membayangkan Legoland di sini sama dengan taman tema lain di Malaysia. Namun tekaan saya salah. Legoland di sini memang  memberikan keterujaan yang berganda!”

Penginapan konsep mesra kanak-kanak

Eira juga berkongsi pengalaman menginap selama tiga hari dua malam di Legoland Hotel. Katanya, ciri-ciri lego interaktif boleh didapati di seluruh bilik bertema hotel, kawasan bermain, lif bertema dan restoran. Sementara itu, berhadapan lobi hotel terdapat istana yang dipenuhi dengan permainan dan aktiviti lego interaktif dengan lebih 100,000 kepingan lego.

“Saya sendiri pun excited dengan suasana hotel di sini. Kawasan lobi hotel terdapat lambakan lego untuk anak bermain dan mengasah kreativiti mereka. Manakala lif menuju ke hotel disajikan dengan kilauan lampu dan muzik yang cukup menghiburkan. Kemuncak keterujaannya apabila tiba diruangan bilik, nyata begitu selesa dengan katil bersaiz king dengan tema Pirate yang memukau pandangan.  Ruang tidur anak-anak pula lengkap dengan katil dua tingkat dan katil berundur yang boleh memuatkan tiga orang kanak-kanak dalam satu ruang.

“Begitu juga bilik air yang bercirikan berkonsepkan kids friendly.  Dalam bilik ini, ada permainan lego dalam kotak dan juga permainan yang perlu selesaikan bagi membolehkan kami membuka peti rahsia. Dan akhirnya kami excited apabila dapat mencari jawapannya. Saya memang tak sangka hotel ini begitu hebat,” jelas Eira mengenai perkara menarik di bilik hotel Legoland.

Terdahulu, hotel ini menawarkan sebanyak 258 bilik bertema memberi pilihan kepada tetamu untuk memilih tema Pirate, Adventure, Kingdom dan  Ninjago.  Semua bilik termasuk katil bersaiz king untuk orang dewasa dan kawasan tidur separuh peribadi berasingan sehingga tiga kanak-kanak.

Di bangunan hotel ini, pengunjung boleh menikmati hidangan menu yang lazat di Bricks Family. Restaurant ini adalah ruang makan sepanjang hari menyajikan sarapan, makan tengahari dan makan malam dengan konsep gaya bufet.

Taman tema

IKLAN

Selain tarikan baharu ini, Lego Vr Coaster dan Lego® Ninjago™ World, permainan yang sedia ada turut menjadi tumpuan kanak-kanak apabila ke sini iaitu Beginning, Miniland, Kingdom, Technic, Immagination, Land of Adventure dan City yang memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung.

Setelah seharian meneroka pelbagai jenis permainan yang menarik seperti menaiki roller coster, slaid, melawat kawasan miniland yang mengkagumkan landskapnya, Eira berasakan ia merupakan tempat permainan dan pembelajaran secara interaktif untuk kanak-kanak.

“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan taman tema ini adalah permainannya yang interaktif. Ada unsur pembelajaran. Rupanya bukan sekadar lego. Tetapi permainan di sini menguji minda anak-anak untuk menjadi kreatif.

“Misalnya di Lego Mindstorms dan Lego Academy ada bengkel kreatif untuk kanak-kanak membina robot dan bangunan dengan menggunakan lego. Bukan itu sahaja, permainan roller coater yang menguji keberanian kanak-kanak. Amarra memang teruja naik Lego VR Coater dengan Azad.

IKLAN

“Apa yang saya lihat di sini kanak-kanak menjadi seorang yang aktif dan seronok untuk mencuba pelbagai aktiviti yang berbeza-beza,” jelas Eira yang merancang akan datang lagi untuk percutiannya akan datang.

Dalam pada itu, kelihatan Ammara begitu seronok mencuba pelbagai jenis permainan. Apa bila ditanya, lantas Amarra menjawab dengan gembira, “ Best! Dapat main lego, roller coster. Gembira sangat. Saya tak nak duduk kat rumah di Puchong dah. Thank you Mummy and dad. I love Legoland! This place the best and ever!”  Luahan Amaraa itu disambut gelak ketawa Eira Syazira.

Terdahulu, Azad memberitahu bahawa lokasi percutian pilihan keluarganya adalah sangat berbaloi kerana pelbagai aktiviti beriadah bersama anak.

“Memang saya suka tempat ini untuk keluarga. Kepada keluarga yang ada anak-anak jomlah datang sini. Seperti kami, lock tiga hari untuk bersantai bersama keluarga. Memang bagus sebab semua lengkap dari aspek penginapan, makanan dan permainan interaktif,” jelasnya kepada wartawan majalah Keluarga.