Kalau nak masak asam pedas atau laksa, bahan utama yang perlu ada adalah bunga kantan. Tapi kalau musim perayaan, bunga kantan ni jadi bahan ‘hot’ yang laku keras. Sehinggakan ada yang merungut kehabisan di kedai.
Jadi buat ibu-ibu, di sini ada petua atau trik yang boleh anda lakukan untuk pastikan bunga kantan dapat disimpan lebih lama dan kekal elok.
Petua ini dikongsikan oleh Dunia Hanya Sementara Fy menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Untuk ibu-ibu, selamat mencuba. Lepas ni tak perlu pening kalau stok bunga kantan kehabisan di pasar.
Sekadar share utk penyimpanan Bunga Kantan.Cara ni,Bunga Kantan tetap dalam keadaan Baik,Cantik dan tidak Birat Hitam.Ni hasilnya selepas 6bln lbh sy simpan dlm Frezer.Bila masak,aromanya ttp sama..Alhamdulillah.
Cara Saya
-Basuh terlebih dahulu bunga kantan
-Potong ikut suka kita
-Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut
-Letak Air Masak dalam bunga kantan tersebut
-Kemudian bolehlah di simpan dalam frezer.
Saya letak untuk sekali masak,mudahkan kerja
Boleh digunakan ketika beku atau di cairkan terlebih dahulu .
Tak Jadi Hal Lah Memanggang Guna Arang. Sekajap Je Ada Bara Bila Buat Trik Mudah Ni!
Tidak mudah sebenarnya buat yang kurang berpengalaman untuk menghidupkan bara api. Malah tidak dinafikan, jika berjaya sekali pun perlu memakan masa yang terlalu lama dan jika tidak sabar, bimbang juga usaha menghidupkan bara tidak berjaya.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada trik mudah yang boleh kita lakukan bagi mempercepatkan lagi usaha menghidupkan bara api dan sekali gus memudahkan proses memasak hidangan yang dipanggang. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Che Norhayati Soib bilamana teringin makan talia bakar. Jom semak.
Akibat terlalu mengidam ikan talipia bakar..
En suami suruh bakar ikan kat luar guna set bbq…Saya tak pandai nak hidupkan api…Jadi saya punya idea..
Letak je charcoal dalam periuk atas dapur gas .
Lepas arang dah mula terbakar…tutup la dapur gas…Tak ambik masa lama pun…
Nak pindah kan arang ke tempat bakar lain pun ikut lah….
Wallaaa!!
Siap……berjaya!!
Hanya di Paris je tauu ..!!
sumber : Che Norhayati Soib via MAHN
“Ibu Rindukan Senyuman Abang Tu”- Luah Ibu Ni, Berkongsi Derita Anak Hidap Kanser Otak Tahap 4!
Hati ibu mana yang tidak luluh bila anak yang selama ini sihat membesar di depan mata, tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit kronik. Bukan calang-calang jenis penyakit yang ditanggung; barah otak tahap 4!
Itulah dugaan besar yang harus diterima oleh Puan Nurul Ashiqin Bt Abd Rahman, 29 tahun bersama seisi keluarganya.
Menerusi akaun Facebook miliknya, ibu muda ini meluah rasa dan berkongsi derita yang ditanggung oleh anaknya serta memohon agar ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.
Semoga keluarga ini terus tabah dan buat adik Huzaifah marilah kita sama-sama doakan semoga diberi kesembuhan, Amin.
Ini perkongsiannya.
Asalamualaikum, saya ibu kepada MUHAMMAD AL HUZAIFAH BIN AHMAD FARHAN anak kami yang berusia 3 tahun 5 bulan ,under doc hospital Pulau Pinang, telah 2 kali menjalani operation otak.
Berharap anda mendoakan anak saya yang menghidap kanser otak stage 4 supaya dipermudahkan segala urusan, di angkat segala kesakitan, sentiasa berharap ada kejaiban buatnya.
6/7/19 tiba-tiba tak boleh berjalan dah di sahkan menghidap kanser otak, sama-sama kita doakan semoga dia sembuh, mohon share supaya ramai yang mendoakan anakanda saya amin yrab alamin.
Ini pula perkembangan terkini anaknya yang dikongsikan bertarikh 20/9/19.
Sejak semalam keadaan abang merosot sikit, air liur dah start meleleh banyak dan kepala senget belah kanan, sebab kanser tu stay kat belah kanan, harap abang ok la.
Mengimbas kembali sebelum disahkan mengidap kanser, nyata anaknya itu sama seperti kanak-kanak lain. Aktif dan bijak.
Ramai yang tanya sejak bila Huzaifah sakit, Huzaifah sebelum ni kanak-kanak biasa jugak lari sana lari sini, petah berkata-kata , bijak sangat, umur 1 tahun 8 bulan dah pandai cakap,umur 2 tahun lebih dah pandai baca doa makan sampai habis, abang baik semua orang sayang abang, lesung pipit abang, ibu rindukan senyuman abang tu.
Kisahnya bermula 6/7/19 tiba-tiba bangun dari tidur dia tak boleh jalan, ibu terkejut keputusan doktor yang mengatakan abang menghidap kanser otak, sampai la sekarang ibu masih menantikan abang sembuh,semua sekelip mata ibu rasa macam dalam mimpi, ibu abi menangis bila kenangkan abang, ibu abi tak nangis depan abang, ibu tak nak abg sedih.
Ibu berharap satu hari ada kejaiban buat abang, abang boleh berjalan, abang sihat , semua orang terus doakan abang , ramai yang melawat abang, ramai yang sedekahkan abang duit,, ramai yang tak putus-putus tanya khabar, rezeki anak ibu ramai yang sayang abang.
Ibu sentiasa berharap abg kuat. ❤️❤️
Sumber : Mrss Mamaa
“Rumah Tangga Sempurna Adalah Rumah Tangga Yang Tak Harapkan Kesempurnaan.” Pesanan Ibu Mira Filzah Undang Sebak!
Ibu bapa mana tidak gembira dan bahagia tatkala melihat anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah punya keluarga sendiri. Segala pengorbanan membesarkan mereka dari kecil sehingga dewasa berbalas bila mana raut kebahagiaan melatari wajah si anak.
Apatah lagi jika membabitkan anak perempuan. Umum mengetahui, menjaga anak perempuan bukanlah semudah yang disangkakan. Kita juga sering mendengar orang tua-tua dulu berpesan, nak jaga dan didik anak perempuan ini bukan mudah berbanding dengan anak lelaki. Perlu beri perhatian lebih! Namun bila melihat mereka berjaya dan bahagia itu sudah cukup buat seorang ibu.
Mungkin itu juga yang dirasai oleh Puan Faizatul Akmar Hisan, ibu kesayangan pelakon dan hos terkenal Mira Filzah. Melihat ketiga-tiga anak perempuannya kini sudah pun bahagia dan mempunyai suami yang boleh membimbing mereka, wanita ini sudah bahagia.Luahan rasa ibu ini menerusi laman instagramnya cukup menyentuh hati.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu.
Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.
Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga
Mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN
Sumber: faeezahisan