Ada orang melancong atau bercuti ke luar negara kerana ingin menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Namun ada juga yang melancong sebab ingin meluaskan pengetahuan. Namun bagi anak muda yang bernama Fais Taib ini, tujuannya melancong ke Belitung, Indonesia adalah untuk menjejak kisah Andrea Hirata.

Ikuti perkongsian kisahnya di mana dia terkandas banjir besar yang cukup dasyat dan dari situ barulah dia sedar betapa perlunya mengambil insuran perjalanan setiap kali ke luar negara. Ikuti perkongsiannya.


Hendak dijadikan cerita, pada bulan Julai yang lalu saya bersama lapan orang lagi teman melancong ke Belitung, Indonesia. Mengapa memilih Belitung? Lain tidak bukan saya hendak lihat dan rasa kembali apa yang cuba diketengahkan oleh Andrea Hirata, iaitu seorang penulis buku yang mengangkat satu kisah benar di Belitung, Sumatera Selatan Indonesia tentang kemiskinan di sana. Jadi saya teringin menjejak di mana tapak sekolah yang asal, yang mana suatu masa dahulu pendidikan tidak dititik beratkan.

Percutian tersebut saya rancang sebaik-baiknya, namun siapa menduga percutian kali ini juga telah membuatkan kami hampir-hampir tidak dapat pulang ke tanah air mengikut jadual. Bencana banjir kali ini dianggap terburuk dalam sejarah 56 tahun di Belitung. Kesan banjir yang dahsyat ini telah memutuskan beberapa jalan utama di sekitar Kota Tanjung Pandan, Manggar, Gantong dan jalan utama menuju ke Lapangan terbang H.A.S Hanandjoeddin.

Bayangkan di hari pertama kami di sana, kami telah terkandas tiga kali dalam perjalanan pulang ke hotel. Ketika itu paras air sudah sampai ke jalan dan selepas makan petang kami merancang untuk bertolak balik untuk check in hotel. Namun sampai separuh perjalanan, satu jambatan yang menghubungkan jalan telah terputus. Pun begitu nasib baik ada satu lagi jalan alternatif, dan kami usahakan melalui jalan tersebut. Apabila 45 minit menelusuri jalan tersebut, kami diuji sekali lagi dengan saat yang cukup getir di mana tidak dapat meneruskan perjalanan kerana telah dinaiki air. Cuak memang cuak! Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Semangat kami kental dan tidak mudah berputus asa. Kami terus mencuba jalan-jalan yang boleh dilalui atas nasihat penduduk tempatan. Lalu menemukan kami dengan sebatang jalan yang sempit dan sangat gelap suasana sekelilingnya. Kami perlu merentasi banyak kampung  dan mengambil jarak perjalanan yang sangat jauh. Akhirnya barulah kami tiba di hotel yang asalnya hanya memakan masa sekitar setengah jam sahaja.

IKLAN

Kami tidak berani melengahkan masa kerana bimbang jalan lain juga akan ditutup memandangkan keadaan banjir telah memutuskan banyak jalan hingga mencecah kedalaman dua meter. Dan dikhabarkan jalan terakhir yang kami lalui juga ditutup selepas beberapa jam kami tiba ekoran dilimpahi air.

IKLAN

Jujur saya katakan ada silapnya tentang perancangan kami ke Belitung. Di mana tiada seorang pun antara kami mempunyai insuran perjalanan. Kalau jadi apa-apa memang kena tanggung sendiri. Malah saya sebelum itu memang tidak ambil berat tentang kepentingan insuran. Sejak daripada kejadian itu, setiap kali melancong ke luar negara akan saya pastikan setiap antara kami ada mengambil insuran perjalanan!

Sumbhttp://majalah keluargaer : Fais Taib via majalah keluarga