Kalau dah namanya perempuan, setiap kali masuk tahun baru, azam nak kurus pasti tak tercicir dari list.

Bukan sahaja orang biasa, selebriti baik penyanyi, pelakon dan anak seni lain tidak terkecuali. Ini diakui oleh penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci yang berkongsi cara mudah untuk menurunkan berat badan.

Melalui catatannya di instagram, Bekas Miss World Malaysia 2018  ini mengamalkan pengambilan lima jenis makanan dalam usaha mengurangkan berat badannya sebanyak empat kilogram dalam tempoh seminggu.

“Lost almost 3 to 4 kilogram in a week by just detoxing myself with simple ingredients.

“Will share my student budget diet below; teh kayu manis berkunyit, kopi, telur masak, kacang ‘chick’ dan buah oren.

“Anda boleh menambah telur, kacang, kopi atau teh mengikut selera sendiri asalkan tiada gula, rempah ratus dan susu.

“Oh! Anda juga boleh menambah sayur-sayuran jika mahu,” tulis Wincci.

Menurut Soo Wincci lagi, hidangan tersebut perlu diambil sekerap mungkin iaitu dua hingga tiga kali seminggu.

“Tidur awal dan tiada senaman diperlukan untuk proses detoks seminggu ini. Anda akan hilang tiga hingga empat kilogram,” jelas beliau lagi.

View this post on Instagram

Alright since a lot are interested here is the pic of the detox diet (you may add more eggs , more chic peas , more coffee or more tea as you wish , just no sugar , spices or milk are allowed and you may add some vegetables as well =) you may consume 2-3 meals of this per day (P.S: Dont go more than a week) keep drinking more turmeric cinnamon tea(make it yourself just add turmeric(kunyit)+ normal cinnamon and any tea will flush naturally and sleep early for this detox (no exercise for this one week detox diet) you will loose 3-4kg =) #InwinccibleSharing #InwinccibleDietChallenge #InwinccibleDietRecipes #natural #weightloss #detoxplan #detox #naturalway #studentBudget #Fitness

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Bagi wanita yang nak menurunkan berat badan boleh mencuba tip yang dikongsikan oleh Soo Wincci ini. Mana tahu berkesan untuk anda kan. Selamat mencuba!

Sumber: IG dr.soowincci

Tinggalkan Komen