Kebaikan dan manfaat buah delima memang sudah lama diperakui dan begitu juga jika dilihat banyak petua-petua orang lama turut menggunakan buah delima untuk perawatan kesihatan, kecantikan dan sebagainya.

Ini sebagaimana petua yang dikongsikan bersama Uya Masbah. “Anak saya usia 7 bulan dah seminggu batuk teruk (batuk sampai muka merah dan takde suara) sampai warded disebabkan terlalu teruk tidur pon tak lena. Selepas keluar wad saya ikhtiar bagi air perahan delima ni, Alhamdulillah dengan izin Allah beransur baik.”

Cara buat : 

Lenyekkan buah delima di atas tapis. Nanti akan dapat air yang pekat. Saya bagi anak 4 kali sehari.

Manakala perkongsian petua daripada Cempaka Anis yang diperolehi daripada seorang makcik, katanya masa mengandung 4,5 bulan, ambil sebiji buah delima, makan sambil selawat satu persatu, sebijik jangan kongsi-kongsi. Jangan cicir 1 pun. Niat dalam hati betul-betul. InsyaAllah anak cerdik dan cepat pandai bercakap.

Siapa yang mengandung boleh cuba. Ikhtiar tak salah, yang lain kuasa ALLAH.. banyakan berdoa…jom amalkan.. moga bermanfaat buat semua..

Selian delima ini diketahui banyak khasiatnya, dan umumnya kita biasa makan buah delima yang segar atau dijadikan jus minuman. Pun begitu, andai disejuk bekukan apa pula rasanya ye?

Menjawab soalan ini, melalui perkongsian Ahlia Fitri memang cukup mengujakan.

Ini adalah frozen delima. Kalau malas nak buat air delima atau takut delima busuk tak termakan, cubalah cara ni.

Ceraikan isi buah delima satu-satu dan bekukan. Bila dah sejuk beku tu…makan macam snek je. Dengan biji-biji sekali kunyah dan telan pun tak terasa. Crunchy and healthy. Tabur atas aiskrim pun sedap. InsyaALLAH.

Ekstra info : 

  1. Pilih buah delima yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah.
  2. Buah delima boleh tahan hingga 6 bulan jika di simpan di peti sejuk.
  3. Jika membeli produk delima, pastikan menyemak label kandungan sebelum membeli. Pastikan parasa gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat kitauntuk dapatkan khasiat delima takut nanti bertukar masalah lain pula.

 

 

Tinggalkan Komen