Bertahun-tahun lamanya kita menggunakan dapur gas untuk memasak. Jika ingin dibandingkan keadaannya semasa baru di beli dengan saat ini, mesti jauh bezanya bukan? Yalah, dulu semuanya tip top dan kini tengok sahaja pada bentuknya, sudah berkarat dan paling sedih api pun semakin kecil sahaja.

Bila kita memasak menggunakan dapur gas sebegini, pasti urusan memasak memakan masa yang lama. Apa taknya, terpaksa memasak dengan menggunakan api kecil walaupun sudah dilaras ke api besar. Cukup menyedihkan!

Tapi tahukah anda, sebenarnya keadaan ini terjadi disebabkan adanya serpihan karat yang menutup lubang-lubang yang ada di bahagian tungku dapur gas. Hal ini boleh diatasi dan bila anda lakukan pembersihan tungku dapur gas tersebut, ia akan kembali berfungsi dengan sebaiknya.

Ini sebagai mana perkongsian daripada Abdul Ghopar Zakaria Ansari dan Neil Shima. Mereka  berdua ada cara dan teknik tersendiri untuk servic dapur gas. Ikuti perkongsian ini dan jangan berlengah lagi untuk praktikkannya. Selamat mencuba!


Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?

Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.

Alat-alat yang perlu disediakan

IKLAN

Bila Dapur Gas Dah Berkarat & Api Tak Besar, Sebenarnya Ibu Boleh Lakukan Servis Sendiri!
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau

Cara-cara servis

1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)

2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)

IKLAN

3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)

4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)

5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)

IKLAN

Bila Dapur Gas Dah Berkarat & Api Tak Besar, Sebenarnya Ibu Boleh Lakukan Servis Sendiri!

 

Manakala menurut  Neil Shima, dia mempunyai cara yang tersendiri dalam usaha untuk memastikan api dapur gasnya berfungsi dengan sempurna.

Bila Dapur Gas Dah Berkarat & Api Tak Besar, Sebenarnya Ibu Boleh Lakukan Servis Sendiri!


Dapur gas dah cuci tungku pun tapi api masih lagi kecil? Meh cuba cara saya ni.
Tapi tuk dapur yang biasa jer. Macam dapur saya ni.
In shaa Allah menjadi , Moga membantu.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI