Ramai yang suka makan sambal belacan tapi ramai juga yang tidak tahu cara nak hasilkan sambal belacan yang sedap. Apatah lagi jika jarang-jarang masuk ke dapur, tentu tidak berpeluang untuk menyediakan sambal belacan yang menepati citarasa.

Pun begitu, melalui perkongsian seorang lelaki kelahiran Sabah ini yang dikenali sebagai Mohd Iskandar Alwi, siapa sangka berminat mempelajari cara menyediakan sambal belacan yang sedap dan ianya telah dikongsikan di media sosial.

Nak tahu apakah resipinya itu, jom semak perkongsian menarik ini.


“Dari Sabah ke Kelantan,sempat duduk kat kelantan belajar resepi org melayu, sambal kelantan..Makan dengan ikan goreng,ayam goreng..simpan dlm peti sejuk,makin lama awak simpan makin sedap..wakil orang jantan ni,asyik perempuan saja share..btw sy lelaki sejati lurus bkn agar agar k,lelaki sejati pun minat masak..hahaha”Mohd Iskandar Alwi

Bila Orang Lelaki Tunjuk Bakat Buat Sambal Belacan. Hasilnya Ni, Memang Nampak Sedapkan!

 

Bahan bahan:

Bila Orang Lelaki Tunjuk Bakat Buat Sambal Belacan. Hasilnya Ni, Memang Nampak Sedapkan!

IKLAN

15 tangkai cili kering-rebus n tos

10 tangkai cili merah

Segenggam cili padi kampung hijau-30 tangkai you nak tmbah suka hati you.tapi pedas sgt karang x best

6 biji asam limau kasturi-buang biji

IKLAN

1 ibu jari belacan-bakar seketika

1 ulas bawang putih/bawang holland-bakar seketika

1/2 cawan cuka makan

1/2 cawan gula atau secukup rasa (blh je tukar gula melaka)

IKLAN

1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa.

Bila Orang Lelaki Tunjuk Bakat Buat Sambal Belacan. Hasilnya Ni, Memang Nampak Sedapkan!

Cara-cara:
1. Hiris halus semua cili padi dan cili merah.Tujuannya supaya ia mudah hancur.

2. Cili kering guna yang jenis berkilat bukan yang kerinting. Blend semua bahan bahan tu.

3. Itu saja,simple. Bukan susah pun.

sumber : Mohd Iskandar Alwi via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI