Begitu besar pengorbanan seorang ibu, mengandung dan melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Kerana itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Keyakinan dan doa seorang ibu menyaksikan lelaki ini mampu lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya.

“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran

Dr. Kamilin Jamilin telah dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research).

Berkongsi cerita bersama penulis, akui Dr Kamilin banyak kekurangan jika mahu dicari aibnya, namun dia percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.

 

Dengan prinsip yang selalu dibisikkan pada diri: “Buat yang terbaik Kamilin!” beliau berjaya tamatkan pengajian sarjana selama 4 tahun di sana tanpa sebarang penangguhan.

“Tesis hadis saya yang sebanyak 4 jilid, 1800 halaman itu juga dinilai cemerlang tanpa sebarang pembetulan dalam suasana ‘viva’ yang sangat mencemaskan, sehingga saya dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang tahun 2013 oleh pihak Universiti.

“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran

“Berkat tawfiq dari Allah, dalam tempoh setahun setengah saya telah berjaya menyiapkan tesis saya yang setebal 1500 halaman (tinggal edit sahaja). Saya masih ingat lagi kali terakhir saya ‘menyentuh’ tesis saya di laptop ialah ketika malam hari ketika ‘contraction’ isteri menanti detik kelahiran anak kedua saya.

“Saya tidak merasakan apa-apa kerunsingan kerana ada ibu yang mendoakan saya. Setiap pagi, ibu akan bangun solat dhuha sejam lamanya. Dengan adanya doa dari ibu dan ayah, membuatkan saya yakin.

“Ada yang tanya tak risau exam esok, saya kata buat apa risau, saya ada mak yang mendoakan dan saya tahu mak saya sanggup berdoa dan berpuasa demi kejayaan anak-anaknya. Ibu kata insyAllah dia doakan saya lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan,”ujar suami kesayangan Nur Aisyah Binti Zakaria.

“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran
Ibu dan ayah yang selalu mendoakan kejayaan anak-anak.

Nak anak-anak jadi ‘manusia’

Tatkala ditemu bual penulis Zaiton Binti Ibrahim, bonda tercinta kepada Dr Kamilin ini mengakui apa yang dilakukan olehnya adalah atas dasar tanggung jawab sebagai seorang ibu.

“Sebagai seorang ibu, saya sangat bersyukur jauh sekali nak bangga atau riak. Segala-galanya diberikan oleh Allah. Sejak kecil, suami, Dr Jamilin Bin Jais memang sudah tanamkan dalam diri anak-anak dia mahu salah seorang menghafal al-Quran. Dengan kata lain, nak jadikan anak-anak sebagai ‘manusia’.

“Sebagai ibu, saya jenis yang prihatin dan mahu anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Sebenarnya saya buat apa yang Allah suruh, bukan kerana nak anak berjaya. Saya buat hanya Allah. Saya yakin pada hadis dan al-quran. Dalam al-quran banyak menyebut tentang berdoa nescaya Allah perkenan.

IKLAN

“Bukan sahaja doa saya, malah doa dari orang lain juga. Kerana itu saya selalu bersandarkan (doa) pada Allah. Bukan hanya ketika anak-anak periksa, sebaliknya sepanjang masa.

“Cuma bila waktu anak tengah periksa, kami suami isteri, buat solat hajat dan satu yang saya buat, setiap kali mereka periksa, saya akan solat, berdoa dan membaca al-Quran sepanjang masa mereka periksa.

“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran
Ibu tulang belakang kejayaan Dr Kamilin.

“Memandangkan ada anak-anak ada yang belajar di United Kingdom dan di Arab Saudi. Waktu peperiksaan mereka tentu berbeza. Jadi saya akan ambil waktu itu untuk bersolat dan amalan lain. Saya takkan buat benda lain sebaliknya fokus pada hal ini sahaja.

“Dengan cara itu seolah-olah saya membantu mereka supaya Allah permudah anak-anak menjawab,” ujar Puan Zaiton yang memberitahu jika kita mahu Allah berikan sesuatu, maka kita kena bersungguh-sungguh.

“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran

 

 Mahu anak hafal al–quran

Tambah Puan Zaiton, dia mahu semua anak-anaknya masuk universiti dan berjaya. Kini, impian tersebut sudah tercapai.

“Ibu sangat penting dan merekalah tonggak kehidupan anak. Nakkan sesuatu kena usaha, dulu waktu anak kecil, saya dan suami terapkan al-Quran sedari umur 3 tahun. Ajar baca iqra dan alhamdulillah konsisten, lebih kurang 4 tahun lebih sudah khatam al-quran.

IKLAN

“Apabila Quran dan masuk dalam diri, secara automatik akademi menjadi mudah. Saya percaya 80 peratus datangnya dari rumah. Saya percaya pengaruh rumah cukup kuat. Jadi sebelum saya hantar anak-anak ke tadika, saya pastikan anak-anak tidak dihantar  ‘kosong’,”ujar Puan Zaiton lagi.

Allah tutup aib

Biarpun ibunya cukup yakin namun Dr Kamilin mengakui awalnya dia berasa sangat mustahil untuk lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan.

“Saya kata mak mustahil tak ada. Memadai mak doakan minor correction pun sudah memadai kerana tesis saya besar. Tapi mak kata dia tetap nak doa Tesis saya lulus tanpa pembetulan.

“Alhamdulillah Allah tutup aib dan mudahkan urusan. Doa ibu dimakbulkan,” cerita Dr Kamilin yang mengakui bimbang suatu hari nanti kalau Allah ambil mereka darinya, ketika itu adakah dia masih lagi boleh berjaya atau kejayaan akan terbang entah ke mana.

Hargai ibu bapa

Dalam menempuh perjalanan PhD dengan penuh duri dan pancaroba serta pelbagai komitmen, akui Dr Kamilin, beliau berjaya menyiapkan 4 buah buku selain turut dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa termuda negeri dan pelbagai lagi komitmen mustahil untuk berjaya dalam tesis atau proses PhD.

“Pesanan saya kepada diri dan semua, hargai ibu bapa. Mereka rahsia kejayaan kita selama ini. jangan sangka kita berjaya kerana usaha dan kepandaian kita.

“Sebaliknya kita lupa ada insan yang mengalirkan air mata mendoakan kejayaan kita,” ujar Dr Kamilin yang mendapat Anugerah Karya Asli Terbaik (Kategori Bahasa Arab) oleh badan penerbitan USIM, kemudian berjaya menerbitkan 4 lagi buku serta menghasilkan beberapa jurnal.

IKLAN
“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran
Bersama isteri dan anak-anak.

 Setahun ‘struggle’

Mengimbau kenangan lalu, beliau mengakui pernah melalui kehidupan ‘0 markah’ selama 6 tahun berpindah randah sekolah sehinggalah kembali fokus belajar selama sekitar 3 bulan untuk mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah (SPM).

“Allah telah mengatur hidup saya dengan ‘memadamkan’ impian karier saya untuk menjadi arkitek ternama dunia dengan menerima tawaran belajar di Universiti Islam Madinah semasa masih di tahun pertama matrikulasi UIA. Tidak pernah saya impikan untuk menceburi bidang Hadis atau Pengajian Islam, bahkan dahulunya saya sungguh tidak meminatinya.

“Di Madinah, setahun saya terpaksa ‘struggle’ belajar bahasa arab di Pusat Pengajian Bahasa Universiti sebelum memilih jurusan Hadis, suatu bidang yang ketika itu saya langsung tiada idea mengenainya. Kemudian saya menempuhi 4 tahun pengajian di Fakulti Hadis dan Pengajian Islam tanpa pernah ponteng.

“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran

“Ketika peringkat Sarjana Muda, saya mendapat Anugerah Khas Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Konsul Pendidikan Jeddah Arab Saudi atas kecemerlangan pengajian.

“Saya yang ‘kehabisan bateri’ ketika itu mengambil keputusan untuk pulang berehat seketika di tanah air mencari rezeki. Saya percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.

“Ini hanyalah kejayaan dunia, sedangkan kejayaan akhirat jualah yang dicari dan kekal abadi. Namun, andai kejayaan dunia ini saya tidak manfaatkan untuk mencapai kejayaan akhirat, hakikatnya saya hanyalah orang yang sangat rugi,” ulas bapa kepada Durar Saniyyah (9), Khattab Sayyah (4) dan Qutuz Mughlatay (1).

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI