Memang tidak dapat disangkal  betapa sedap dan nikmat rasaya ketika menggigit jeruk mangga yang rangup. Ditambah pula dengan rasanya yang masam manis membuatkan sesiapapun boleh kecur liur. Malah bukan suatu yang pelik, hanya dengan melihat gambar jeruk mangga sekali pun, sudah boleh membuatkan ada yang terasa teringin dan mengidam.

Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!

Andai teringin untuk mencuba menyediakan menu ini ada baiknya teliti perkongsian daripada Zaily ini. Apa yang menariknya, resipi ini tidak menggunakan kapur dan bahan pengawet, pun begitu jeruk kekal rangup dan sedap rasanya.

Bila anda pakar menyediakannya, bolehlah jadikan antara menu istimewa merai tetamu untuk majlis rumah terbuka nanti.


“Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup & tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap & tidak mengecewakan. Resepi ni mak sy yang ajar, Terima kasih mak resepi mak semua terbaik!”-Zaily Akhma

Bahan-bahan:

IKLAN

6 biji mangga muda

2 genggam garam

1/2 botol cuka

400gm gula

IKLAN

 

Cara Buat :

Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!

  1. Buang kulit dan basuh bersih. Kemudian potong mengikut citarasa masing2, sy suka panjang2 macamni

Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!2. Masukkan air paip(air bertapis),separas buah.

IKLAN

 

Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!

 3. Masukkan garam kasar 2 gengam dan cuka 1/2 botol.

Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!

 4. Kacau sebati,toksah ganas2 timbuk balik je untuk cuka tu sekata dengan air. Kemudian tutup bekas dan biarkan semalaman.
Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!
5. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin n masam sikit. Ketepikan dan masukkan ke dalam balang.
Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!
6. Ok masakkan gula, sy guna 400g gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi sy suka rasa jeruk yang masam2 manis.
Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!
7. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi, tunggu betul2 sejuk tau,jangan curah panas2 pulak, lepastu simpan peti ais 1malam lagi
Buat Jeruk Mangga Tak Guna Bahan Pengawet, Tapi Kekal Ranggup. Ada Caranya!
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet
sumber : Zaily Akhma via  MAHN

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI