Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut, kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.

Wanita ini kongsikan petua untuk merawat keguguran rambut dengan menggunakan limau purut.


Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.

Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.

Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.

Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :

Bahan-bahan

4 ke 5 biji limau purut dipotong

1 gelas Santan kelapa yang asli di perah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.

Cara membuat: 

  • Blenderkan dengan 1 gelas santar segar. Saya tak rekemenkan guna santan kotak. Lebih baik guna santan asli untuk resepi ini bagi kegunaan rambut

  • Masukkan kedalam bekas cube air batu dan bekukan.

  • Sudah keras boleh gunakan 1 ke 2 cube di gosokkan ke kulit kepala dan rambut untuk kuatkan akar rambut juga memberi rambut berkilat. Kemudian dibiarkan seketika dan bilasa dengan air . Gunakan 2 kali seminggu.
  • Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.

Sumber: Suzy Honey

Cantik Sihat cara natural.