Memancing selera anak-anak dengan kita membeli Mozzarella Stick yang sedia ada dijual dikedai-kedai terpilih, pasti tidak akan menghampakan. Anak-anak tentunya makan berselera hinggakan seakan nampak macam tidak puas makan pula jadinya. Maklumlah, kalau hendak beli dalam kuantiti yang banyak, boleh tahan juga harganya.

Jadi apa kata kita buat sendiri dengan hanya menggunakan roti bersama 3 bahan lainnya, Mozzarella Stick dapat kita hidangkan untuk keluarga makan berkali-kali hingga kekenyangan.

Menyediakannya juga cukup mudah dan ini caranya.

Mozzarella Stick Senang Namatey

Beli yang siap, dapat sikit je kan. Anak-anak piranha pulak ramai ni yang kelaparan. Buat sendiri je lah. Dapat banyak. Senang namatey pulak tu.

Guna roti je guys.

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

Bahan-bahan: 

Roti, keju mozzarella, mentega, daun thyme

IKLAN

Cara penyediaan: 
1. Buang tepi-tepi dia tu, bagi tinggal bahagian yang berwarna putih je. Gelekkan.

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

Oh ya, nota penting. Bahagian tepi-tepi yang dipotong tu jangan buang. Simpan tepi luuu.

2. Sapukan butter sikit pada roti tadi. Susun mozzarella memanjang. Taburkan daun thyme kalau suka.

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

IKLAN

3. Lepas tu gulung macam ni. Untuk lekatkan gulungan, saya basahkan sikit dengan susu dan cantum. Sapukan butter dan tabur lagi daun thyme. Tak letak pun tak apa, tapi kalau letak lagi sedap.

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

4.Bakar tak perlu api kuat dan lama sangat, cukuplah sekadar mozzarella di dalam tadi cair. Agak-agak je lah ya dalam 10-15 minit, lapisan roti dah garing dan rangup. Cuba patahkan sikit sebatang dan bila mozzarella dah boleh ditarik macam tu…dah masak eloklah tu.

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

Jadi lebihan tepi-tepi roti tadi buat apa je? Macam biasa jangan buang. Kumpul macam ni ha.

IKLAN

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

  1. Panaskan secawan susu, dua sudu besar gula, satu sudu butter, dua sudu besar tepung jagung dan setitik dua esen vanilla. Panaskan sampai gula larut dan agak memekat.

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

2. Tuangkan ke dalam lebihan roti tadi. Tabur kismis atau apa-apa dried fruit yang ada.  Letak coklat chips pun sedap. Bakarlah ya sampai masak. Api atas bawah, suhu dan masa ikut oven masing-masing.

Buat Sendiri Mozzarella Stick Guna Bahan Paling Ringkas. Rasa Confirm Puas Hati, Sekeluarga Boleh Makan Berkali-kali!

Tadaaa… Dah jadi dua hidangan kan. Tanpa pembaziran.

Selamat mencuba.

sumber : AJ Idris via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI