Pernah sesekali guna pencuci lantai untuk cuci lantai bilik air, baunya memang kuat sangat sampai buat kita nak terbatuk dan rasa sesak nafas.

Apatah lagi jika anda mempunyai anak kecil di rumah yang sudah masuk fasa meniarap dan menyusur ni. Memang patut dielakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan terutama jika ahli keluarga anda jenis sensitif.

Rupanya ada cara mudah nak buat pencuci serbaguna yang mesra alam dan bebas bahan kimia. Hanya guna 2 bahan saja iaitu cuka dan kulit oren. Yang pasti, baunya pun wangi sangat macam essential oil. Boleh release stress tau!

Petua ini dikongsikan oleh Ummu Uwais Azizah menerusi Facebook.

BAHAN-BAHAN

Cuka putih / cuka buatan
Kulit oren / lemon
Buat Sendiri Pencuci Serba Guna Dengan Kulit Oren Je. Cukup Mudah & Selamat Tanpa Bahan Kimia!
Cara membuat:

IKLAN

1. PARUT KULIT OREN / LEMON
Gunting kulit oren atau lemon kecil-kecil supaya aromanya dapat dikeluarkan.
Masukkan siap-siap ke dalam sebuah bekas kedap udara atau botol spray.
Buat Sendiri Pencuci Serba Guna Dengan Kulit Oren Je. Cukup Mudah & Selamat Tanpa Bahan Kimia!2. TAMBAHKAN CUKA

Tambah cuka putih tadi sampai penuh bekas atau sehingga menutupi semua kulit oren atau lemon. Pastikan semua kulit oren terendam dengan sempurna tau sebab kulit oren yang tak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi. Tutup bekas spray tadi.

3. PERAM

IKLAN

Seterusnya, biarkan ia diperam selama seminggu dua sebelum digunakan.
Buat Sendiri Pencuci Serba Guna Dengan Kulit Oren Je. Cukup Mudah & Selamat Tanpa Bahan Kimia!4. CARA GUNA

i) Untuk cuci ‘table top’ dapur: Lembapkan kain dengan air, spraykan sedikit larutan pencuci homemade ini. Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas. Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka sitrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.

ii) Untuk cuci lantai: Lembapkan kain mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan cuka sitrus ini atau spraykan terus ke lantai. Wangi je bau lantai nanti. Macam bau oren segar! Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas pun tak apa. Kecuali kalau lantai terlalu kotor boleh tambah soda bikarbonat dan bilaskan dengan air.

IKLAN

BERKESAN & SELAMAT!

Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, pencuci serbaguna ini boleh tahan selama sebulan atau mungkin lebih. Jika larutan cuka dah habis, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.

Selain kulit oren atau lemon, boleh juga guna kulit limau nipis, limau purut atau apa saja jenis buah-buahan sitrus yang ada di rumah. Mudah kan?Selamat mencuba.

Sumber: Petua Ibu

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI