Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak terlalu pedas, pastinya akan digemari oleh anak-anak anda.

Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi. Jangan bimbang, Majalah Keluarga akan berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala homemade!

Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan

Bahan-bahan:

3 Ulas bawang putih dikopek kulit

2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)

1/2 cawan gula pasir

IKLAN

3/4 cawan air

1/4 cawan cuka

1/2 sudu besar garam

1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.

Cara-cara:

IKLAN

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.

3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

IKLAN

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI