Ramai beranggapan kulit putih itu cantik dan kerana itulah ia menjadi idaman setiap wanita. Sehinggakan sanggup berbelanja ratusan bahkan ribuan ringgit demi mahu nampak cantik. Akibatnya kulit wajah rosak dek kerana ketidaksesuaian produk tersebut.

Lagi pula tidak semua produk di luar sana sesuai dengan kulit wajah. Ada yang lebih teruk lagi sesetengah pemutih menggunakan bahan yang tidak sesuai dan adakalanya memberi kesan pada kulit wajah kita.

Tak payah pening kepala, apa kata anda cuba sendiri petua membuat krim pemutih  ini di rumah. Yang pastinya ia lebih selamat dan kos yang digunakan juga tidaklah besar. Paling penting tak ada bahan kimia. Jom kita cuba!

Buat Wajah Putih Tapi Selamat, Nah Buat Sendiri  Krim Pemutih Di Rumah. Guna 4 Bahan Ini Jer, Salah Satunya Sengkuang.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji sengkuang saiz sederhana
  • 3 sudu makan air lemon
  • 1 sudu makan madu atau minyak zaitun
  • 1 gelas air

Langkah Membuatnya:

IKLAN
  1. Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan ke dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
  2. Kemudian tapis dengan penapis dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.
  3. Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.

Buat Wajah Putih Tapi Selamat, Nah Buat Sendiri  Krim Pemutih Di Rumah. Guna 4 Bahan Ini Jer, Salah Satunya Sengkuang.

IKLAN
  1. Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang.
  2. Buang air yang ada di permukaannya dan ambil mendapan itu saja.
  3. Kemudian masukkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati dan jadi krim.
  4. Masukkan krim ke dalam bekas yang sesuai dan siap untuk digunakan.

Buat Wajah Putih Tapi Selamat, Nah Buat Sendiri  Krim Pemutih Di Rumah. Guna 4 Bahan Ini Jer, Salah Satunya Sengkuang.

Gunakan krim ini sebagai krim pelembab muka dan pakai secara teratur iaitu 2 kali sehari. Dalam masa satu minggu, anda akan dapati kulit anda lebih putih, bersih dan halus.

Buat Wajah Putih Tapi Selamat, Nah Buat Sendiri  Krim Pemutih Di Rumah. Guna 4 Bahan Ini Jer, Salah Satunya Sengkuang.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI