Teh apabila dicampur susu akan menjadi minuman yang cukup digemari ramai, sama ada diminum sejuk sebagai Teh Ais atau pun diminum panas menjadi minuman Teh Tarik. Minuman ini sering menjadi pilihan khususnya bagi gulungan dewasa tiap kali menikmati hidangan di restoran, gerai malah di hotel lima bintang sekali pun.
Namun apa yang paling pasti, keenakan rasa minuman ini terletak pada lemak manisnya. Jika tidak pakar mengadun rasa, kenikmatan meneguk secawan teh tarik tidak dapat dinikmati. Dan percayalah, setiap antara kita punya cara dan petua untuk memastikan minuman teh susu ini kaw rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian Miya Aira berkongsi petua bagaimana toknya menyediakan minuman ini dengan cara yang tersendiri. Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsiannya itu.
“Sapa peminat teh ais kaw2..Petua tok kami Kalau nak teh ais rasa lemak kaw2,sedap berkrim, tak payah bancuh tapi masak atas dapur”
Dan ini langkah demi lamngkah untuk menyediakannya.
1.Masukkan air kosong dalm periuk dan masak hingga mendidih (kuantiti air agak2 banyak mana awk nak)
2. Selepas itu masukkan teh ( 3 uncang) dan renihkan sehingga 5 minit.
3. Buang uncang teh tersebut.
4. Kemudian barulah tambah susu cair dan susu pekat,masak hingga berbuih dan mendidih.
5. Sesuaikan rasa dan sentiasa kacau.
6. Akhir sekali wajib tambah garam untuk rasa lemak-lemak berkrim.
sumber : Miya Aira Via MAHN
Teringin Sangat Nak Ada Tangga Hitam Putih, Isteri Ni Makeover Sendiri & Hasilnya Memang Nampak Hebat!
Terperap di rumah sepanjang PKP ini mungkin ramai antara kita yang tercari-cari idea untuk lakukan ‘makeover’ pada ruang-ruang tertentu untuk nampak lebih cantik dan menarik dengan menggunakan bajet yang tidak terlalu tinggi.
Umpamanya jika selama ini ruangan tangga nampak kusam dan tidak berseri, apa kata ubah menjadi lebih wow dengan cara yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka ini.
Tanpa memerlukan kos yang banyak dan yang penting tidak perlu pun menukar kepada tangga kayu namun ruangan tangga yang diidamkan selama ini dengan konsep hitam putih dapat direalisasikan menggunakan cat epoxy. Lebih mengujakan, semuanya dilakukan sendiri memandangkan dia PJJ dengan pasangannya.
Ini perkongsiannya semoga terinspirasi!
Make over tangga to monochrome
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy.
Akibat banyak sangat tengok instagram mat salleh kebanyakkan dia orang cat tangga tapi tangga dia orang semua jenis kayu buka batu dan tiles .
So lepas buat research saya nak cuba guna epoxy yang orang selalu guna untuk cat bilik air tapi kebanyakkan epoxy jenis glossy bukan matte saya nak yang matte finishing, almost give up juga tapi hasil godek shopee finally jumpa cat epoxy yang matte finishing.
Harga dia pon mahal berbanding epoxy yang gloss biasa – 1L around RM70 but seriously saya cakap sangat cantik hasil dia.
Untuk tangga saya yang 16 steps kecil 2 steps besar- ✅Warna hitam – 1 tin utk 2x layer (cukup2)
✅Warna Putih -2tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
✅Undercoat – 1tin
EKSTRA TIP
Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so sebabkan dia kena mix dengan hardener untuk tak nak bazirkan amount of paint, saya bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dengan hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dah mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan tak nak bazirkan duit dan cat saya bahagi-bahagikan ratio.
Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu dan bagi kering then baru start undercoat untuk garisan-garisan tiles tu saya biarkan sahaja, bila dah cat dia tak nampak obvious sgt..cantik sahaja.
Saya buat sorang sebab saya pjj dengan husband saya,since sekali cat kena tunggu kering 8-12hrs so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidor, saya akan start dari bawah ke atas, besok bangun tidor dah boleh pijak.
Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks juga sebab kejap ada mood kejap tak ada mood hahaha but bila dah siap rasa membuah hasil.
Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi macam baru, belum ada kopek-kopek even saya pernah heret cabinet ikea yang besar dari bawah ke atas. colour pon tak ada pudar. Saya mop macam biasa tapi seminggu sekali sahaja.
Cons satu je bila tangga hitam ni,akan senang nampak berdebu..memang dia akan buat kita jadi rajin tapi kadang tak rajin pejam mata je la.
Sumber :Aina Syafiqka
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Lepat Cendol, Tak Perlu Kukus, Senang Sangat Nak Buat
Resipi lepat cendol memang sesuai dijadikan sajian pencuci mulut. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan. Cara nak membuatnya pun senang sahaja. Tidak perlu kukus pun.
Menerusi perkongsian saudari Azliana Salleh, beliau berkongsi satu resipi lepat cendol yang cukup mudah. Hanya perlu masak dalam kuali dan bungkus sahaja menggunakan daun pisang. Memang enak dan dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara membuatnya.
Resipi Lepat Cendol
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
Secubit garam
5 1/2 cawan santan
1 cawan tepung jagung (tambah lagi 2 sudu makan)
1 cawan cendol
Daun pisang secukupnya
Tak Perlu Kukus, Senang Sangat Nak Buat
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali cendol di dalam kuali. Kacau sebati kemudian masak atas api perlahan. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Masak adunan sampai pekat berkilat.
2. Kemudian masukkan cendol dan kacau lagi sampai adunan meletup-letup kecil. Padamkan api.
3. Ambil daun pisang yang sudah dibersihkan, sudukan adunan dan bungkus Lepat Cendol semasa masih panas.
4. Bungkus dengan kemas dan lakukan hingga habis adunan.
5. Bila Lepat telah sejuk, bolehlah dinikmati. Kuih ini tidak perlu dikukus. Boleh terus dimakan.
Kredit resipi & foto: Azliana Salleh
Artikel berkaitan: Wajib Cuba! Lepat Jagung Cara Orang Dulu-Dulu, Tak Perlu Kukus Ikut je Step By Step Ni
Wanita Ni Kongsikan Resipi Bako Ubi & Lepat Ubi Kayu Versi Orang Dulu-Dulu. Mudah & Sedap!
Sarapan Oat Boleh Turun 10 Kg Dalam 2 Bulan. Lelaki Ini Telah Buktikan!
Risau dengan berat badan yang sepertinya semakin dipam-pam? Jangan pening-pening kepala, cuba amalkan diet dengan sarapan oat ini. Mudah disediakan dan yang paling penting setelah lelaki ini amalkan, terbukti berat badannya turun 10 kg!
Satu jumlah yang banyak dan cukup menyuntik inspirasi untuk sesiapa pun mengikuti jejak langkahnya. Maklumlah dalam berdiet, biasa kita dengar JANGAN makan itu dan banyak lagi perkara JANGAN yang lain. Tetapi kali ini SILA AMBIL sarapan Oat.
INI KATANYA
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagi tau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengah hari. Kalau setakat pukul 12 tengah hari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, anda layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
RESIPI SENDIRI
Saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
CARA BUAT :
- Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus.
- Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya.
Kalau takda blender, boleh campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
Kau tengok video ni, mesti meleleh air liur.
Posted by Harith Faisal on Thursday, November 23, 2017
BOSAN SARAPAN YANG SAMA?
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, anda tambah saja dengan separuh pisang. Anda akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Anda nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma anda tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
ENJOY MY DIET
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Anda faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau anda perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
sumber : Harith Faisal