Bone Broth? Apa tu, kedengaran janggal pada telinga yang tidak biasa dengannya. Tetapi bagi ibu-ibu yang mementingkan kesihatan anak dan keluarga, pasti pernah mendengar atau menyediakan bone broth atau sup rebusan tulang.

resipi ini dikatakan amat bagus untuk diberikan kepada anak-anak khususnya buat bayi. Kandungan vitamin yang tinggi, memudahkan makanan dihadam dan tinggi dengan gelatin antara khasiat yang ada dalam resipi ini.

Untuk ibu-ibu yang baru nak mencuba, admin kongsikan resipi dari Mariana Mohd Zainal Abidin.

Bukan Sahaja Baik Untuk Bayi, Bone Broth Ini Juga Sesuai Seisi Keluarga. Guna 2 Bahan Asas, Ibu Ini Kongsikan Resipinya.


Cara saya buat ‘Bone Broth’ untuk seisi keluarga dan tidak hanya fokus pada baby semata-mata.

Bahan :
? 1 ekor rangka ayam (RM1.50)
? 1 kg kaki ayam (RM3.50)
? 12 cawan air
? 3 sudu besar cuka
? 2 bunjut Sup Bunjut Adabi
? 1 Labu Bawang Besar (potong 4)
? 3 ulas Bawang Putih
? Hirisan Halia
? 1 biji tomato (potong 4)
? 1 batang sederhana carot
? 1 batang celery (potong panjang)
? 1 batang leek (potong panjang)
? Slow Cooker / Pressure Cooker 5 liter

Bukan Sahaja Baik Untuk Bayi, Bone Broth Ini Juga Sesuai Seisi Keluarga. Guna 2 Bahan Asas, Ibu Ini Kongsikan Resipinya.

Nota kaki :
? Sekiranya sahabat semua keliru keaslian Pressure Cooker ada campuran aluminium @ stainless steel sepenuhnya, sebagai langkah mudah, gunakanlah Slow Cooker. InsyaAllah selesai masalah sahabat2 semua.

? Khasiat Sayur Leek untuk bayi, kanak-kanak dan seluruh isi rumah antaranya:
?? merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah
?? melindungi dari jangkitan pernafasan
?? meningkatkan kesihatan pencernaan 
?? membantu dalam perkembangan saraf
juga membersihkan sistem penghadaman

Bukan Sahaja Baik Untuk Bayi, Bone Broth Ini Juga Sesuai Seisi Keluarga. Guna 2 Bahan Asas, Ibu Ini Kongsikan Resipinya.

Kebaikan tersembunyi sayur leek antaranya:

Kaya dengan blood protein – leek sangat tinggi iron itu sebabnya ia boleh mengekalkan ke aktifan dan tenaga anak-anak, ia membantu kanak-kanak mengekalkan apa-apa jenis keperluan tenaga seharian mereka.

Vitamin C yang terdapat pada leek menolong memastikan anak-anak menyerap kandungan iron ke dalam badan oleh itu untuk anak sentiasa enegetik dan kekal aktif sepanjang hari pastikan leek sentiasa ada pada menu anak anda.

Bukan Sahaja Baik Untuk Bayi, Bone Broth Ini Juga Sesuai Seisi Keluarga. Guna 2 Bahan Asas, Ibu Ini Kongsikan Resipinya.
Nilai perubatan yang tinggi – leek juga sebagai antiseptic dan anti keradangan apabila anak luka ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka atau bengkak. anak-anak yang aktif ni kekadang mudah terjatuh dan akan menyebabkan mereka terluka atau bengkak di bahagian badan kan so sayuran leek ini boleh mepercepatkan proses penyembuhan luka.

Bukan Sahaja Baik Untuk Bayi, Bone Broth Ini Juga Sesuai Seisi Keluarga. Guna 2 Bahan Asas, Ibu Ini Kongsikan Resipinya.

Seterusnya, saya sertakan juga perkongsian daripada Doktor Suriyakhatun.

BETAPA BERKHASIATNYA ‘BONE BROTH’

IKLAN

Saya memang selalu suruh ibu bapa buat ‘bone broth’.

Hanya dua bahan yang wajib:
1. Tulang
2. Cuka

Ramuan lain adalah untuk berikan rasa yang sedap .

Cuka untuk pastikan yang zat galian daripada tulang akan larut ke dalam sup.

Guna ‘slow cooker’ atau ‘pressure cooker’.

Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mi, asas kari dan lain-lain.

Tulang yang dimaksudkan ialah tulang ayam dan kaki ayam, ikan, lembu dan kambing. Ikan bilis pun ada tulang jika tidak dibuang .

Laksa pun sup tulang sebab ada tulang ikan dan asam.

Masak singgang atau asam pedas pun sup tulang juga.

‘Think out of the box’ dan pastikan keluarga mengambil ‘bone broth’ sekerap mungkin. Bagi bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar, hari-hari.

??JENIS PERIUK??

IKLAN

Soalan:
Guna periuk biasa boleh tak doktor?

Dr. Suriyakhatun:
Asalkan bukan aluminium dan api kecil, rebus 4 jam.

Soalan:
Boleh doktor terangkan kenapa tak boleh guna periuk aluminium?

Dr. Suriyakhatun:
Aluminium larut jadi racun.

Soalan:
Saya selalu buat dalam ‘rice cooker’, boleh tak doktor? 2 – 3 jam juga saya rebus.

Dr. Suriyakhatun:
Periuk ‘rice cooker’ aluminium biasanya.

Soalan:
Dr. Suriyakhatun, boleh guna periuk kaca tak…macam Pyrex ke?

Dr. Suriyakhatun:
Kaca boleh tetapi kena lama, 4 jam.

Soalan:
Kalau guna periuk ‘non-stick’ boleh ke?

Dr. Suriyakhatun:
‘No’. Periuk ‘non stick’ ada kimia.

 

IKLAN

??ISU CUKA??

Bukan Sahaja Baik Untuk Bayi, Bone Broth Ini Juga Sesuai Seisi Keluarga. Guna 2 Bahan Asas, Ibu Ini Kongsikan Resipinya.

Soalan:
Salam Doktor. Boleh saya tahu cuka apa yang digunapakai untuk resepi ‘bone broth’ ini?

Dr. Suriyakhatun:
Tak kira cuka apa pun asalkan ada asidnya. Tak guna cuka pun boleh, guna asam keping. Tak perlu banyak satu sudu besar cukup.

Soalan:
Cuka epal boleh tak?

Dr. Suriyakhatun:
Boleh.

Soalan:
Terima kasih doktor. Kalau cuka digantikan dengan ‘lemon juice’ boleh ke? Sebab sifatnya sama asid.

Dr. Suriyakhatun:
Boleh.

??REMEDI GOUT??

Bukan Sahaja Baik Untuk Bayi, Bone Broth Ini Juga Sesuai Seisi Keluarga. Guna 2 Bahan Asas, Ibu Ini Kongsikan Resipinya.

Soalan:
Doktor, kalau sup tulang lembu…pesakit gout selamat tak untuk makan?

Dr. Suriyakhatun:
Boleh, jangan makan dagingnya, ambil sup sahaja.

??RESEPI MASAKAN??

Soalan:
Dr. Suriyakhatun yang dihormati, 1 sudu cuka anggaran untuk berapa ml air? Bolehkah masukkan bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dalam ‘bone broth’ ini untuk bayi 7 bulan?

Dr. Suriyakhatun:
Satu sudu besar cuka, 4 cawan air. ‘Baby’ boleh makan.

?? Tahniah pada sesiapa yang baca sampai habis & memahaminya.. ??
??Semoga Bermanfaat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI