Tidak semua antara kita berpeluang memanjakan diri di Spa untuk mendapatkan perawatan wajah dan kecantikan tubuh badan. Apatah lagi bila sepanjang masa asyik sibuk mengurus anak-anak dan keluarga hinggakan terlepas pandang untuk mengambil berat tentang penjagaan wajah hingga menyebabkan terlihat kusam dan kulit berjerawat.

Jadi apa kata lakukan perawatan dan penjagaan kecantikan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Ianya jauh lebih mudah dan selamat bahkan kesannya juga tidak menghampakan.

Umpamanya, mungkin sebelum ini asam jawa hanya digunakan di dalam masakan namun hakikatnya sejak zaman berzaman lagi ia telah digunakan dengan pelbagai cara dan tidak dinafikan bagus untuk perawatan kecantikan.


Nak tahu bagaimana kaedah dan caranya, di sini dikongsikan untuk sama-sama amalkan. Jom semak.


Menggunakan Asam Jawa Untuk Kecantikan, Boleh Cuba Untuk Selulit Juga.
Asam Jawa juga terkenal dalam petua dan perubatan tradisional.

1. Tanggalkan sel kulit mati

Asam Jawa mampu untuk menanggalkan sel kulit muka yang telah mati. Caranya ialah sapukan Asam Aawa pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 20 – 30 minit. Sambil menunggu ianya kering, anda boleh mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit yang mati tersebut turut tertanggal. Kemudian, bilas dengan air bersih.

IKLAN

2. Hilangkan Jerawat

Bancuh 3 biji atau 3 sudu besar Asam Jawa dengan air panas. Tunggu sehingga bancuhan sejuk sebelum menapisnya untuk menagsingkan bahan-bahan yang tak diperlukan. Air bancuhan yang telah ditapis itu dijadikan air pencuci muka pada setiap pagi.

3. Cerahkan kulit

Bancuh Asam Jawa dengan air panas. Kemudian ambil serbuk kunyit dan gaulkan bersama air bancuhan Asam Jawa tadi. Sapukan keseluruhan wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

4. Hilangkan selulit

Untuk masalah ini 4 bahan utama diperlukan iaitu Asam Jawa, lemon, bakin soda, dan gula. Campurkan bahan-bahan ini dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian sapukan di bahagian kulit yang bermasalah tersebut. Urut ikut arah jam. Biarkan selama 10 minit. Akhir sekali bilas denan menggunakan air suam.

Selain untuk tujuan kecantikan, asam jawa juga bagus digunakan sebagai alternatif untuk meredakan eczema mahu pun mengurangkan rasa mual.

5. Rawat Eczema

Ambil segenggam daun asam jawa (daun ya , bukan buah..!) dan kunyit hidup sebesar ibu jari. Tumbuk dan kisar 2 bahan ini sehingga lumat. Kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.

6. Pening rasa nak muntah

Ambik segenggam asam jawa, bawang kecik 3 biji ditumbuk (jangan hancur) dan air bersih 1/2 cawan. Campurkan kesemua bahan diramas hingga sebati. Dah boleh sapu dikepala.

Sumber : Ana Mahabu

Tidak dengan itu, penggunaan asam jawa juga bagus untuk diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga dan awet muda, nak tahu detail petuanya ada dikongsikan DI SINI

Ini memandangkan rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri juga sesuatu yang perlu diambil berat oleh wanita bergelar isteri. Jadi tidak salah kiranya amalkan petua-petua ini untuk kebaikan diri.

Selamat mencuba!