Setiap orang punya cara untuk menghias kediaman. Tak kira rumah tinggi atau teres dan sebagainya. Bagi yang tinggal di rumah kondo atau pangsapuri pasti tak banyak ruang yang boleh digunakan lebih-lebih lagi kawasan balkoni.

Namun, jika kreatif dan bijak menyusun atur kedudukan barang, pasti ia akan memberikan satu runah deko yang cukup indah sekaligus memberi ketenangan buat penghuni.

Sambil lepak minum kopi bersama keluarga mengambil angin petang atau menikmati pemandangan waktu malam. Best kan. Jom cuci mata cara puan Siti Ilana Binti Sallehudin memanfaatkan ruanhg balkoninya.

Selamat pagi warga KDR ❤️.

Ingin berkongsi cara penggunaan dan deco ruang balcony yang kecil.

Balcony ni kami guna untuk 3 tujuan.

1. Ruang keamanan permaisuri rumah aka saya 🤣

2. Ruang jemur baju

3. Ruang bersantai gossip petang

Mcm mana cara saya utilise area rumah yg kecil ini utk mcm2 perkara?

1.Mini Garden/ Ruang ketenangan

Bila masa saya nak berkebun bermanja2 dengan pokok saya alas rumput tiruan tu dgn canvas besar. Senang cuci. Pokok2 hidup memberikan ketenangan dan kesegaran. Gunakan rak bertingkat yang tinggi untuk maksimumkan penggunakan ruang,tanpa menghalang laluan di lantai.

Ataupun boleh pasang wall shelf, saya tak buat sbb tak yakin kekuatan dia utk tampung berat pokok2. Gunakan suami sebagai penanda amaran apabila jumlah pokok melebihi kapasiti..suami akan berbunyi “nonononononomoree” bila isteri hilang pertimbangan membeli pokok tanpa mengira ruang kapasiti yg ada.

2. Ruang jemur baju.

Saya gunakan ampaian baju yg ringan dan boleh dilipat dalam rm80 di aeon dan lebih murah di mrdiy. Dia mcm ada kepak kiri kanan bila kita naikkan. Cukup lah ruang jemur baju2 utk keluarga 4orang,dgn syarat tiap2 hari kena basuh.

Cara saya.. Malam sebelum tidur basuh 1 load, jemur dulu di dalam rumah bawah kipas angin,jadi esok pagi saya terus jemur di balcony kena direct matahari. Kalau jemur pagi, tgh hari dah kering sbb malam tu kita anginkan siap2 bawah kipas. Kalau tak mmg 1 hari jemuran di balcony. Sakit mata memandang 😅.

 

IKLAN

3. Ruang santai.

Saya menggunakan meja jenis boleh lipat atas sebab saya tak boleh ada meja yg permanent,jadi bila bukan time lepak, meja boleh dilipat dan disimpan tepi utk penggunaan ruang utk jemur baju dan berkebun..meja lipat tu juga boleh digunakan sebagai meja tambahan jika ada tetamu datang. Kerusi pula kami guna stool dan step stool ikea.step stool ikea tu Multi purpose. Guna didapur utk panjat ambil barang di cabinet atau duduk sambil2 memasak.

Jadi tak perlu ada bermacam2 jenis kerusi. Stool bulat tu bila tak duduk saya letak tepi utk jadikan tempat letak pokok atau meja ambil gambar kek (saya homebaker😘).. Jimat ruang bila guna perabot multipurpose.

Edit info :Ada yg tegur saya tentang factor keselamatan. Maaf saya terlepas pandang.tq ingatkan.

 

 

IKLAN

“INVISIBLE GRILL”

Oleh kerana saya mahu ruang yg luas dan pemandangan tanpa halangan, saya tak memasang grill besi pada sliding door balcony. Saya memilih invisible grill. Grill wire besi tahan karat yg flexible disalut dengan nylon/teflon utk tahan panas. Kalau korang tenung lama2 akan nampak garis2 halus yg size dia boleh lepas lengan sahaja. Kekuatan invisible grill ini dikatakan boleh menahan impak 150kg. Kami dibekalkan sekali pemotong wayar khas jika berlaku kecemasan/kebakaran (nauzubilah mintak dijauhkan).

Sekian sahaja perkongsian saya hari ni. Semoga dapat memberi inspirasi sebagaimana kawan2 disini memberi inspirasi pada saya ❤️.