Bagi yang suka membuat kek, pelbagai resipi baru nak dicuba kan. Bila menjadi memang seronok sangat. Asyik membakar sahaja sedar tak sedar, oven pun dah makin kotor dan berkerak.

Bgai ibu-ibu yang nak bersihkan oven , sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.

Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.

Cara  Bersihkan Oven Tanpa Perlu Menyental, Mudah & Berkesan Semua Kerak Tanggal.

1. GUNAKAN AIR
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.

Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan ovensupaya ia mudah untuk dibersihkan.

IKLAN

2. CUKA
Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven.Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.

Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.

2. SODA BIKARBONAT
Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan ovenyang terdapat kesan degil.
Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.

IKLAN

Cara  Bersihkan Oven Tanpa Perlu Menyental, Mudah & Berkesan Semua Kerak Tanggal.

4. LEMON / LIMAU NIPIS
Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.

Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.

IKLAN

5. SPRAY CUKA
Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut. Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.

MUDAH & BERKESAN
Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan. Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.

Selamat mencuba!

Sumber: Petua Ibu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI