Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan. Kalau makan begitu sahaja pun sedap . Aduh dah mula terbayang akan keenakkannya. Teringin la nak buat sendiri, kalau ibu-ibu ada airfryer lagi cepat untuk masaknya.

Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Cik Illa ini. Selamat mencuba!

Dalam keadaan sekarang nie, Semua nak kena berjimat.. Kalo boleh buat sendiri, buat apa nak beli Kan. Kebersihan pun terjamin.

Bahan-bahan:
Chutney
👉Yogurt asli (2/3sdb)
👉Halia + bwg putih
👉Jus lemon
👉Cili hijau – 3btg
👉Garam + gula
👉Daun pudina – secawan
👉Daun ketumbar – secawan
⚠️Sy guna setengah biji lemon.
⚠️Pastikan daun pudina lagi banyak dr daun ketumbar ye.
⚠️Lepas blend terus simpan dlm peti ais.

BAWANG jeruk
👉Bawang + cuka + garam + gula =gaul2 n simpan dlm peti

Cara membuat:

1) bersihkan ayam. + letak sedikit minyak n biar seketika dlm 5minit.
2) kemudian masuukkan serbuk cili dlm 1sdb + garam + jus limau nipis. (ikut citarasala nk masam mcmana)


3) masukkan pewarna merah sikit untuk nk menampakn effect ayam tandoori.. ( kalo xletak pon xpe tp nanti xdela rupa tandoori n Xla nmp mengancam🤭). Pastu perap jap.


4) dlm bekas yg lain, masukkn bwg putih + halia +yogurt asli dlm 6 – 8sdb + lada hitam + serbuk cili + serbuk ketumbar + garam masala + serbuk kunyit.
Gaulkn semua.


5) tuangkan bahan tadi ke dlm bekas yg berisi ayam..

IKLAN


6) kacau sebati dan perap. Lagi lama perap, lagi best.


7) wpun kita xde tempayan nk buat tandoori nie, buley saja campakn dlm af nie..
Suhu 180/10minit + 170 / 10minit @smp masak. (jgn lupa pusingkn ayam tu). Kalau nk bake dlm oven / bm pon buley gak🤭🤭.. Ikutla suhu peralatan memasing ye.

Taaarraaaa… Ayam tandoori 😋😋😋

#ayamtandooriheaven

IKLAN

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍