Sesuai sangat buat ibu-ibu yang pening apa nak disediakan, lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan. Resipi yang cukup ringkas tapi membuka selera sekeluarga di rumah.
Apa kata cuba bendi goreng rangup ini. Mudah, ringkas tapi sedap.
Resipi bendi goreng rangup
Bahan Utama : Bendi basuh dan keringkan betul-betul
Bahan lain:
🌸1.5 – 2 sudu besar Adabi tepung Goreng ayam Pedas
🌸1 sudu besar corn flour
🌸1 sudu besar water
Cara:
1. Potong bendi kepada 4 bahagian secara memanjang
2. Gaulkan bersama tepung adabi pedas
3. Tambahkan1 sudu besar air untuk pastikan tepung lekat pada bendi. Jangan terlebih air nanti tak rangup pulak.
4. Masukkan tepung jagun, tapi pastikan jangan terlebih mix.
5. lepastu korang dah boleh goreng dalam minyak yang panas sehingga golden brown.
Korang boleh nampak macam mana tepung jagung tadi tak over mix. Itu yang akan membuatkan dia rangup!
6. pastikan korang terbalikkan bendi setelah sebelah masak. Lepastu dah siap untuk di makan!
Selamat mencuba!
Sumber: Taste Of Home Cooking
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nenek Ni Kongsi Cara Tanam Kunyit Untuk Dapatkan Pokok Yang Subur & Cantik Daunnya!
Menanam pokok kunyit antara pokok yang bolehlah dikatakan wajib ada di setiap rumah bagi yang gemar bercucuk tanam. Ini memandangkan, daun kunyit sering digunakan di dalam masakan bahkan isinya juga.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk menanam pokok kunyit agar berdaun lebar dan subur menghijau ada cara dan ilmunya yang perlu diketahui. Jika salah caranya itu yang menyebabkan sering terjadi pokok kunyit yang ditanam tidak dapat hidup dengan subur dan macam-macam lagi yang boleh terjadi.
Oleh itu, apa kata buat anda yang baharu ingin mencuba menanam pokok kunyit ikuti tip yang dikongsikan oleh Siti Samsiah atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan nenek di media sosial.
Cara Nenek Tanam Cun Melecun Tanpa Cacat Daun
Ini Pokok kunyit nenek cun melecun tanpa cacat daun. 3 gambar lagi tu baru semai pun dah naik cantik tunas-tunas. Ini cara nenek semai atau tanam kunyit.
Langkah 1 : Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nursery dan ditambah dengan tanah sabut hancur.
Langkah 2 : Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.
Langkah 3 : Biarkan beberapa hari.
Langkah 4 : Kemudian tabur isi-isi kunyit pastikan mata tunas hala ke atas.
Langkah 5 : Tutup nipis-nipis dengan sabut hancur/cocopeat/tanah peroi dan disiram hari-hari.
Langkah 6 : Nenek tanam dibawah matahari sepenuhnya
Sumber : Siti Samsiah
ARTIKEL MENARIK:“Niat Asal Cuma Cuci Mata, ‘End Up’ Ada Juga Beli Barang Tak Perlu…” -Elak Boros Begini Boleh Buat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
”First Word Ainul ”Mama”. Alhamduillah.” Bapa Kongsi Ungkapan Pertama Ainul Mardhiah, Undang Rasa Terharu Warganet!
Sejak kisahnya disiarkan melalui media masa dan media sosial, warganet tidak putus-putus mengambil tahu akan perkembangan terbarunya.
Daripada perjalanan bidadari kecil kesayangan Malaysia ini mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di mulutnya, sehinggalah dia beransur pulih.
Setiap masa ayahnya , Ahmad Saifuddin akan memuat naik perkembangan Ainul Mardhiah untuk dikongsikan buat tatapan ramai.
Terbaru, menerusi video pendek yang dimuat naik oleh bapa Ainul, menerusi facebooknya, si kecil ini semakin tembam dan comel itu dilihat mengungkapkan perkataaan ”mama…”.
”First word Ainul ”mama”. Alhamduillah,” demikian menurut Ahmad Safiuddin di video tersebut.
Perkembangan terbaru Ainul tersebut mendapat respond dari warganet. rata-rata gembira dan terharu dengan perkembangan si kecil ini.
Aida Mastura Mngis dgar…. alhamdulillah subahanallah…dah cerdik pndai ank kesyangan rkyt mlysia ni…tahniah bg ibu Napa Adik DN rkyat mlysia…tmpa bntuan anda smua xakan Ada ainul yg skrg… alhamdulillah
Syerrie AmZza Syukur alhamdulillah terima kasih ya Allah.. Gembira sangat tengok Ainul 😍😍… Aunty doakan Ainul membesar dlm keadaan sihat dan selamat jd anak yg solehah berjaya dunia akhirat.. Aamiin 🤲
Kalsom Kanipan Alhamdulillah..
Berkat kesabaran kedua ayah dan ibunya dan juga dengan iringan DOA rakyat Malaysia yang tidak putus² mendoakan kesejahteraan nya kini adik Ainul semakin sihat dan ceria.. moga Allah sentiasa merahmati adik Ainul dan keluarganya.. Aamiin… 🤲🤲
Nurul Ramli Panggil Mama nak apa tu ainul😊..pndai dh dia…smoga terus sihat syg..n membesar dgn baik. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.Aamiin…
Nazirah Nazirah Syukur alhamdulillah….pandai ainul….nak ckp ttup dlu lubang kt leher tu bru ckp…moga adik ainul mmbsar dgn sihat….jd ank yg solehah n brjya dunia akhirat….
Marziah Mohd Jamil Tahniah ainul! Tomei sgt “mama” tu…😍
Sal ShamilSoffiya Ainul sebut mama, tu la panggilan yg semua ibu2 tunggu dr bby diorng…good job ainul..😍
Sumber: Ahmad Safiuddin
Tip ‘Sorok’ Meja Lipat, Ibu Ni Transform Meja PdPR Anak Menjadi Frame & Rehal. Kreatifnya Idea!
Idea yang kreatif, itu yang boleh diungkapkan tatkala melihat hasil kerja tangan ibu ini menyediakan peralatan khas untuk anak-anak belajar supaya rasa selesa ketika belajar.
Ibu ini menggunakan meja lipat tetapi menariknya dia menyorokkan’ meja dengan menjadikannya frame gambar.
Jom cuba perkongsian dari puan Dinas Elni . Transformasi yang simple tapi berkesan dan menjimatkan ruang.
Tips ‘Sorok’ Meja Lipat
Walaupun PDPR anak-anak ada meja masing-masing, yang umur 7 tahun kena belajar mengadap juga berdepan gitu. Meja lipat ni sangat membantu.
Tapi lepas guna mmg rasa serabut. Sekejap sandar tepi sana, sekejap situ, selalu hilang juga 😅
So kat mana nak sorok dia? Kat tempat yang obvious. Terlalu obvious sampai org tak tahu pun dia sebenarnya meja/dulang lipat.
Tipsnya cari gambar cantik² yang saiz sama besar dgn permukaan meja. Tampal situ. Kat sini ikutlah kemahiran masing-masing. Saya bercadang nak epoxy resinkan esok utk protection gambar supaya tak kena conteng, etc.
Kemudian sangkut ke dinding. Jenis hook dan cara sangkut ada dalam gambar. Nak guna ambil, lepas guna letak semula. Sebagai gambar ia takkan kumpul habuk sbb kerap dibawa turun. Saya mmg tak suka frame gambar sebenarnya sbb faktor habuk ni.
Now selain jadi meja, dulang dan rehal, ia juga jadi frame gambar.
Moga bermanfaat.