Menyediakan hidangan buat seisi keluarga kadang kala boleh menyebabkan ibu-ibu garu kepala. Pening dan buntu apa yang disediakan dan yang penting boleh memikat selera keluarga.

Untuk hidangan minum petang misalnya, tak perlu susah-susah cuba resipi yang rumit. Pilih je yang mudah-mudah dan paling penting sedap. Sebagai contohnya, resipi ini yang hanya menggunakan guna tepung gandum sebagai bahan utama.

Manakala bahan lain seperti  gula, garam dan minyak masak adalah sampingan sahaja. Serius sangat ringkas dan mudah kan!Tak perlu nak pecahkan telur atau guna baking soda bagai.

Ibu-ibu cuba dulu resepi cucur manis stick ala churros yang dikongsikan oleh E-mah Najmah ini. Pasti anak-anak terpikat dengan rasanya yang sedap.

IKLAN

Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!


Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang. Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Kemain ligat kepala mak pikir nak masak apa, maka jadi lahh…

IKLAN

Cucur manis sticks 🎉🎉

Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Tak la malu sangat nak bagi laki makan 🤭😂 anak-anak pulak rasa macam chuross kahkah laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan perghh layannn.

IKLAN

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3-4 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam

Cara membuat:

Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Churos versi kampung 🤭😂 sedap dik, rangup di luar, lembut di dalam
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Mula-mula masak air, gula, minyak & garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api.
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. So far yang ni best, tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula.
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Ni rupa lepas dah uli. Doh ni sepatutnya tak melekat kat tangan ye.
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Bentukkan panjang-panjang macam ni, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana. Kat rumah ni anak-anak ramai, kena buat kontot-kontot sikit, bagi dapat banyak 🤭
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang ya.
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Dah siap! 😁 luar rangup, tapi lembuttt je kat dalam. Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Atau nak buat bentuk lain, sukati hehe
Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna Tepung & Gula Jer, Memang Sedap!
Cicah pulak dengan sos thai, nyummmm🤤🤤
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI