Sebut sahaja nuget, pasti anak-anak paling teruja. Jika ke pasaraya pasti tak sah jika tidak singgah di ruang yang menempatkan makanan ini.

Sebenarnya nak buat nuget ayam sangat mudah. Malah, air tangan ibu pasti lebih menyihatkan dan terjamin kebersihannya. Maklumlah, semua bahan yang digunakan tentu lebih terjamin.

Jom kita lihat resipi yang dikongsikan oleh saudari Noor Liyana cara membuat nuget ayam tempura homemade.

Cara Buat Nuget Ayam Tempura Homemade Extra Sihat Untuk Anak. Begini Caranya, Cukup Mudah!

Tempura nuget homemade..

Asalnye nak buat sosej.. tapi takde plastik aiskrim tu,terjadi lah nuget ni.. hehe.. lembut, takde lemak atau keraguan sebab totally isi ayam bahagian dada yang digunakan.. senang nak buat tapi leceh sikit part nak potong ayam kecik2 sebab saya kisar guna pengisar biasa je..

IKLAN

 

Bahan-bahan

1. isi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil2) dalam 700gm
2. telur 2 biji
3. bawang putih 5 ulas 
4. bawang merah 2 biji (saiz sedang) 
5. lada hitam (ditumbuk) ikut suka nak banyak mana
6. tepung ubi kayu 3 sudu
7. garam dan perasa (ikut suka) 
8. tepung goreng serbaguna (saya guna brand aroma. sedap sebab dia ade rasa pedas-pedas sikit. brand aji pun sedap.)
9. sedikit butter

Cara membuat:

IKLAN

1. Kisar semua bahan (boleh guna food processer jika ada. kalau tak, boleh guna blender. tapi kisar perlahan2 sebab takut blender rosak. 

Cara Buat Nuget Ayam Tempura Homemade Extra Sihat Untuk Anak. Begini Caranya, Cukup Mudah!

Cara Buat Nuget Ayam Tempura Homemade Extra Sihat Untuk Anak. Begini Caranya, Cukup Mudah!
2. kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 mnt. (sebelum masuk adunan, saya ada sapu butter sikit di loyang supaya nuget cake senang dikeluarkan) 

IKLAN

Cara Buat Nuget Ayam Tempura Homemade Extra Sihat Untuk Anak. Begini Caranya, Cukup Mudah!
4. kemudian, potong nuget cake mengikut saiz dan bentuk yang kita suka. 5. bancuh tepung serbaguna dengan air. jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.

Cara Buat Nuget Ayam Tempura Homemade Extra Sihat Untuk Anak. Begini Caranya, Cukup Mudah!
6.celupkan nuget dalam tepung serbaguna dan goreng sehingga garing.

kalau nak rasa lebih sihat, boleh juga grill nuget cake tu..

Cara Buat Nuget Ayam Tempura Homemade Extra Sihat Untuk Anak. Begini Caranya, Cukup Mudah!

selamat mencuba..

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI