Tomato puree atau puri tomato adalah antara bahan masakan yang sering ada di rumah. Selalunya bahan masakan ini, kita beli je di kedai. Bagaimana pun, bagi yang suka kepada bahan masakan tanpa pengawet, boleh cuba buat sendiri di rumah.

Menerusi perkongsian seorang surirumahtangga, Puan Rita Nadz,ini boleh boleh dijadikan panduan untuk buat bahan masakan ini. Menurutnya, puri tomato ini  boleh bertahan sehingga seminggu. Sesuai bagi yang suka buat pizza, spaghetti, lamb shank dan sebagainya. Memang rasa fresh!

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Cara Kukus Buat Puri Tomato Campuran Ubi Bit Merah Di Rumah. Tanpa Pewarna Dan Tahan Lama Hingga Seminggu.
Sebelum di kukus

Bahan-bahan:

12-15 tomato
2- 3 keping beet root
* Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli.

IKLAN

Cara penyediaan:

Cara Kukus Buat Puri Tomato Campuran Ubi Bit Merah Di Rumah. Tanpa Pewarna Dan Tahan Lama Hingga Seminggu.
Setelah dikukus 20-25 minit

Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus
Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet root.

Cara Kukus Buat Puri Tomato Campuran Ubi Bit Merah Di Rumah. Tanpa Pewarna Dan Tahan Lama Hingga Seminggu.
Kisar tak perlu tambah air

Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak).

IKLAN
Cara Kukus Buat Puri Tomato Campuran Ubi Bit Merah Di Rumah. Tanpa Pewarna Dan Tahan Lama Hingga Seminggu.
Simpan dalam botol kaca Boleh tahan dalam 1 minggu camtu walaupun kita tak guna apa² pengawet. Nak terus minum pun boleh.

Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni.

Cara Kukus Buat Puri Tomato Campuran Ubi Bit Merah Di Rumah. Tanpa Pewarna Dan Tahan Lama Hingga Seminggu.
Gambar hiasan.

Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa
apa² je la yang kalian suka.

 

IKLAN

Selamat mencuba!

 

 

Sumber: Rita Nadz,

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI