Penanaman pokok herba dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan di laman rumah tentu biasa kita lakukan. Tujuannya satu, agar dapat dituai dan sekali gus memudahkan untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk keluarga. Kelazimannya, pokok serai, kunyit dan cili antara tamanan asas yang perlu ada di rumah.

Dan untuk menambah lebih info tentang tanaman cili, apa kata kita baca perkongsian saudara Izham Alias dan Saudara Kayrol Azriey ini. Jom semak.


Ini pokok cili kulai F2. Asalnya benih daripada buah cili kulai F1 dalam air beras yang saya buang dalam pasu.

Cara Mudah Tanam Cili Di Laman Rumah, Ni Triknya!

Sedar tak sedar sudah tinggi dalam 10 cm. Alang alang saya ada polibeg saiz 18×20 inci, maka saya pun pindahkan. Saya guna tanah campur (ramuan 3:2:1, tanah, cocopeat, pasir).

Di awal pertumbuhan pokok cili ni memang saya sembur macam-macam. Baja foliar seaweed la. Baja belacan. You name it.

IKLAN

Lepas tu sembur racun organik minyak mambu (neem oil). Semua saya buat dalam 2-3 kali seminggu. Alhamdulillah ada bunga. Seterusnya ada buah.

Lepas dah tuai 2-3 buah, malas pula. Haha. Dah tak terjaga pokok ni.

Saya letak baja pun seminggu sekali. Kadang 2 minggu sekali. Ikut mood. Tapi kan, pokok ni selepas saya tak jaga masih boleh bertahan. Banyak pula buahnya.

Dari situ saya dapati, pokok cili di awal pertumbuhan memang perlu jaga betul. Kalau dah berbunga dan tiada serangga menyerang, akan senang jaga.

IKLAN

Ha, moga perkongsian ni membantu ahli KBJTS yang lain untuk mula berkebun cili di rumah.

Sumber : Izham Alias
Admin KBJTS

Menakala meninjau satu lagi perkongsian di facebook, Kayrol Azriey turut berkongsi tip menanam cili. Ini caranya:-

IKLAN

Assalammualaikum, di sini saya akan berbagi tip …untuk tanaman saya …cara saya tanam cili padi atau cabai burung

Cara Mudah Tanam Cili Di Laman Rumah, Ni Triknya!

  1. Dari umur semaian 3 minggu …Saya taburkan baja organik taik kambing …..yang halus-halus.
  2. Seminggu selepas itu …saya bancuh ajinomoto setengah sudu campur dengan 2 litter air biasa.
  3. Selepas 2 mingu …akan ulang perkara yang sama. Bila anak pokok dah membesar, saya tambah sedikit ajinomoto dan baja taik kambing. Ajinomoto saya dah tak bancuh tetapi saya tanam di dalam tanah …….begitu lah berikutnya setiap 2 minggu atau lebih
  4. Waktu pembungaan saya tak bubuh baja or aji …..biarkan berbuah …..selepas berbuah ..baru saya ulangi pembajaan ……

Ekstra tip : Bagi kawalan hama, saya cuma basmi apabila sudah nampak tanda-tanda ….jika masih cantik …saya tak basmi …….bila sudah terkena …setiap 5 atau 6 hari saya cuma spray dengan air bawang putih ……campur air sahaja …tak cmpur dengan sabun

Penyiraman : Sehari 2 kali  atau sehari sekali mengikut kondisi tanah. Pada waktu berbunga, siram bahagian pangkal sahaja.

Boleh juga lihat link di sini untuk tip nak pastikan pokok cili yang ditanam berbuah lebat : Tanam Cili Satu Pokok Pun Cukup, Buahnya Memang lebat. Ni Caranya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI