Apabila kita beli daging mentah dan segar pasti kita perasan ada cecair yang kita sangka darah. Tapi ia bukanlah darah seperti yang disangkakan.
Cecair merah tersebut sebenarnya protein yang dipanggil myoglobin. Fungsinya adalah untuk menyimpan oksigen di dalam sel-sel otot.
Protein ini juga yang menjadikan “warna” daging merah dan seterusnya juga memberikan warna yang sama untuk cecair yang kita sangka darah itu.
Ketika kita masak, myglobin bertukar warna jadi warna coklat. Itulah tanda kita tahu daging sudah dimasak.
sumber: Petua Ibu
Juadah Petang Bersama Roti Horns Mini Inti Ayam Crispy. Mudah & Ringkas Penyediaannya, Rasa Semestinya Sedap!
kalau kat rumah, stok makanan paling mudah nak sediakan semestinya roti. Tak payah susah-susah, sapu jem ke planta ke makan gitu je. Settle!
Tapi.. Kadang-kadang bosan juga kan kalau saja gitu je. Apa kata tukar selera sesekali buat menu macam ni pula, iaitu Roti Horns Mini Inti Ayam Krispy dari Cik Puan Julieta. Mesti anak-anak suka!
Sja buat utk anak² makan ” Roti Horns Mini”, sya guna roti gardenia, isi ayam dan serbuk roti.. Ibu buat, last ibu juga yg x sempat makan..Update resepi..😉
Resepi Roti Horns Mini
Bahan-bahannya :-
6 keping roti gardenia
2 biji telur pukul manja
Serbuk roti – secukupnya
Isi ayam – potong memanjang celup tepung bistari kemudian goreng.
Mayonis & sos cili
Corrot- parut halus
Daun salad
Sedikit tepung gandum- cmpo sedikit air utk lekat kan roti
Cara-caranya :-
1. Roti di potong bahgian tepi kemudian di gelek nipis, potong tengah bentuk segi 3
2. Then sapu larutan tepung pada sisi roti kemudian gulung menjadi bentuk horns pastu tekan² sikit supaya roti melekat.
3. Celup roti dalam telur dan salut serbuk roti , pastikan bahagian dalam juga bersalut then goreng sehingga menjadi kuning keemasan…
4. Isi bahagian tengah dgn isi ayam, corrot dan salad.. Kemudian paipkan sos n mayonis okey dah siap…
Begini Cara Nak Bezakan Cili Kering Biasa, Pedas & Ekstra Pedas. Yang Tak Suka Tak Makan Pedas Kena Baca Ni!
Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari. Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya.
Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini. Lepas dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih!
Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Nah ibu-ibu baca tip ini sebelum membeli ye. Moga bermanfaat!
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja.
# Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Cara Buat Kerepek Terung Rangup Tawan Selera Si Kecil Tak Suka Makan Sayur
Cara buat kerepek terung yang rangup dan sedap dimakan sampai sekeluarga boleh jadi leka mengunyah. Resipi ini juga boleh membantu untuk bagi anak anda yang tak suka makan sayur.
Sesetengah kanak-kanak memang susah nak makan sayur. Jadi ibu kena guna pelbagai Teknik dan tips untuk menawan selera mereka agar makan sayur dalam menu seharian.
Kalau sekadar masak sayur menu biasa, memang tak dipandang oleh si kecil. Sanggup dia buat muka mencebik kalau dihidangkan juga. Tapi kalau dia rasa kerangupan dan kesedapan kerepek terung mesti dia tak sangka ia sejenis sayuran.
Apa itu terung?
Mengikut Hello Doctor, terung atau turut dikenali sebagai eggplant di Barat merupakan tumbuhan yang saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap.
Walaupun ia mungkin bukan satu tumbuhan yang popular, namun terung merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.
Dipanggil sebagai terung, mungkin bukan sesuatu yang memelikkan, namun pernah anda terfikir kenapa ia dipanggil eggplant atau terjemahan secara terus dalam bahasa Inggeris, ‘tumbuhan telur’, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan telur?
Sebenarnya, panggilan ini merujuk kepada terung yang ditanam dan tumbuh di Eropah yang berwarna kekuningan atau putih yang menyerupai telur. Nama itu melekat sehinggalah ia mula dibawa masuk ke Barat.
Nama lain bagi sayuran ungu gelap ini adalah Solanum melongena. Ia dikatakan berasal dari keluarga ubi kentang dan tomato dan berkaitan dengan nightshade family Solanaceae
Ia boleh didapati dalam bentuk bujur atau telur besar dengan kulit licin dan berkilat dengan warna ungu gelap. Tetapi, adakah anda mengetahui apakah kebaikan terung daripada aspek kesihatan?
Terung juga adalah makanan baik untuk otak. Terdapat penyelidikan yang dijalankan ke atas tumbuhan ini memberikan tumpuan kepada kandungan anthocyanin phytonutrient (fitonutrien antosianin) yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin.
Nasunin adalah sejenis antioksidan yang kuat dan bahan kimia radikal bebas yang terbukti melindungi membran sel daripada kerosakan.
Cara buat kerepek terung
Bahan-bahan:
- Terung
- Garam secukupmya
- Serbuk kunyit
- Tepung jagung
- Serbuk cili
Cara membuat:
- Pastikan anda menggunakan terung yang masih keras kalau lembik tak jadi kerepek rangup. Potong terung nipis-nipis.
- Tabur garam, serbuk kunyit dan gaulkan.
- Kemudian tabur tepung jagung bagi ia bersalut dengan terung tadi. Tepung tak perlu bancuh air. Tabjur sahaja sebab nanti air yang ada pada terung akan lekatkan tepung tersebut.
- Kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili. Kemudian boleh goreng dan angkat bila sudah kekuningan.Sedap dimakan sementara masih panas.
Sumber: Rasa
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)